Entries by Mohamad Nur Ariff Nasseem Mohd Murad

RM12.78 JUTA PERUNTUKAN UNTUK PONTIAN BUKTI KOMITMEN KERAJAAN JOHOR

  #IskandarPuteri – Agenda pembangunan daerah terus diperkukuhkan dengan peruntukan sebanyak RM12,776,941 diluluskan bagi daerah Pontian untuk tahun ini melibatkan 29 projek menerusi Mesyuarat Tindakan DUN (MTD).   Peruntukan yang akan memberi manfaat langsung kepada rakyat di daerah itu merangkumi pembangunan infrastruktur, kemudahan awam serta kesejahteraan komuniti di empat kawasan Dewan Negeri Johor (DUN) utama […]

KERAJAAN JOHOR LULUS LEBIH RM31 JUTA PERKUKUH PEMBANGUNAN JOHOR BAHRU

  #IskandarPuteri – Kerajaan Johor terus komited memperkasa pembangunan dan kesejahteraan rakyat apabila meluluskan peruntukan berjumlah RM31,063,940 bagi melaksanakan 77 projek pembangunan di daerah Johor Bahru menerusi Mesyuarat Tindakan DUN (MTD).   Peruntukan tersebut merangkumi pelbagai inisiatif termasuk kerja baik pulih, projek naik taraf infrastruktur serta pembangunan kemudahan awam yang memberi manfaat secara langsung kepada […]

KERAJAAN JOHOR PERKASA BAKAT TEMPATAN, PERKUKUH KEPERLUAN INDUSTRI

  #IskandarPuteri – Usaha Kerajaan Johor untuk memperkasa bakat tempatan terus diperkukuh menerusi penyertaan seramai 15 peserta dalam Kursus Data Centre Foundation Certificate (DCFC) sebagai persediaan menghadapi keperluan industri masa hadapan.   Kursus anjuran Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang dilaksanakan selama dua hari sejak semalam itu diadakan bagi memberikan pendedahan awal kepada peserta tentang […]

NAIK TARAF TAMAN NEGARA TANJUNG PIAI RANCAKKAN TAHUN MELAWAT JOHOR 2026

  #IskandarPuteri – Taman Negara Tanjung Piai kini berwajah baharu selepas projek naik taraf infrastruktur siap sepenuhnya dengan kos keseluruhan berjumlah RM3.33 juta, hasil inisiatif Kerajaan Johor dalam usaha memperkukuh sektor pelancongan negeri ini.   Pelaksanaan projek ini melibatkan penambahbaikan Galeri Piai, laman tiba, kedai cenderamata serta kemudahan asas termasuk tandas dan surau bagi memastikan […]

RAYA SEKAMPUNG BANGSA JOHOR DIANJUR DI LEBIH 1,100 LOKASI

  #IskandarPuteri – Kehangatan Syawal terus dirasai apabila Kerajaan Johor menganjurkan program Raya Sekampung Bangsa Johor di lebih 1,100 lokasi di seluruh negeri ini sebagai antara usaha untuk menyemarakkan perpaduan dan memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.   Inisiatif ini dilaksanakan melibatkan komuniti setempat termasuk Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), rancangan FELDA, zon Ahli […]

JUALAN KASIH JOHOR MANFAATKAN 350,000 ISI RUMAH, AKAN KEMBALI 18 APRIL INI

  #IskandarPuteri – Jualan Kasih Johor yang dilaksanakan sempena persiapan menyambut Aidilfitri pada bulan lalu telah memberi manfaat kepada lebih 350,000 isi rumah di seluruh negeri, sekali gus membantu meringankan beban kos sara hidup Bangsa Johor.   Program anjuran Kerajaan Johor dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ini dilaksanakan di kesemua 56 kawasan Dewan […]

FASILITI BILIK SARINGAN DAN DEWAN BERSALIN HSAJB KINI LEBIH SELESA

  #IskandarPuteri – Kerajaan Johor terus memperkukuh sistem kesihatan awam menerusi projek menaik taraf kemudahan fasiliti ibu dan bayi apabila Bilik Saringan dan Dewan Bersalin di Bangunan Labour & Delivery, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) kembali beroperasi mulai 30 Mac lalu.   Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam menyediakan persekitaran penjagaan kesihatan […]

JOHOR TEGAS BANTERAS AJARAN MENYIMPANG DEMI KESEJAHTERAAN UMMAH

  #IskandarPuteri – Kerajaan Johor tidak akan sesekali berkompromi dan bersedia mengambil tindakan tegas terhadap isu penyebaran beberapa klip video mengandungi fahaman mengelirukan yang telah dikesan tular di beberapa rangkaian media sosial sejak 27 Mac lalu.   Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) melalui Mesyuarat Penuh Kali Ke-293 turut menegaskan bahawa sebarang ajaran yang menyimpang […]

SPM 2025: JOHOR TERUS MENINGKAT, GPN BERTAMBAH BAIK KEPADA 4.28

  #JohorBahru – Prestasi pendidikan Negeri Johor terus menunjukkan peningkatan yang ketara apabila keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 mencatatkan Gred Purata Negeri (GPN) yang lebih baik iaitu 4.28 berbanding 4.36 pada tahun 2024.   Pencapaian itu terbukti apabila seramai 36 calon peperiksaan awam berkenaan berjaya memperoleh A+ dalam semua mata pelajaran, selain calon […]

KERAJAAN NEGERI BELANJA 3,000 MAHASISWA ANAK JOHOR PULANG KE KAMPUS

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri menyediakan kemudahan perjalanan pulang ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kepada 3,000 mahasiswa anak Johor menerusi inisiatif Meh Balik Kampus 2026.   Melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.4 juta, inisiatif signifikan ini membantu mahasiswa anak Johor kembali ke kampus masing-masing dengan lebih selesa, tersusun dan selamat selepas cuti perayaan Aidilfitri.   Inisiatif […]