AWAS LAMAN DAN PAUTAN PALSU GUNA NAMA BANTUAN KASIH JOHOR

Kenyataan media Perbadanan Pengangkutan Awam Johor
#IskandarPuteri – Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) menegaskan tidak pernah melantik pihak ketiga untuk menguruskan pendaftaran bantuan tunai atau mengutip maklumat peribadi penerima di bawah program Bantuan Kasih Johor.
Penegasan berkenaan dibuat PAJ dalam satu kenyataan selepas menemui kewujudan beberapa laman sesawang dan pautan tidak rasmi menggunakan nama Bantuan Kasih Johor serta logo Kerajaan Negeri dan agensi berkenaan bagi tujuan yang boleh mengelirukan orang ramai.
PAJ menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dan tidak mengisi sebarang maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan diri (MyKad), akaun bank atau nombor telefon di mana-mana laman sesawang mencurigakan yang tidak sah.
Selain itu, PAJ memandang serius penyalahgunaan nama dan identiti rasmi agensi tersebut bagi tujuan penipuan atau penyebaran maklumat palsu serta meminta orang ramai melaporkan sebarang pautan atau laman yang meragukan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
Sebarang urusan rasmi melibatkan agensi berkenaan dan berkaitan Bantuan Kasih Johor hanya dilakukan melalui pautan https://semakan.paj.com.my/ di samping saluran rasmi PAJ iaitu portal, Facebook, Instagram serta TikTok.
#JohorSafeZone
#BantuanKasihJohor
#KasihJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



