BANTUAN KASIH JOHOR PASTIKAN GOLONGAN SASAR TERUS TERIMA MANFAAT

YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor menyantuni penerima bantuan pada Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan BKJ DUN Machap dan DUN Layang-Layang di Dataran Persiaran Muafakat, Simpang Renggam. | Foto MDJ Aisyah Mazalan
#Kluang – Kerajaan Johor komited untuk memastikan setiap Bangsa Johor khususnya golongan sasar akan terus menerima manfaat melalui penyaluran inisiatif Bantuan Kasih Johor (BKJ).
Inisiatif BKJ itu secara tidak langsung membuktikan iltizam Kerajaan Negeri dalam komitmennya untuk mengembalikan hasil negeri kepada rakyat melalui bantuan bersasar dan inklusif, selaras dengan aspirasi memperkukuh kesejahteraan sosial serta meringankan beban kos sara hidup rakyat.
Bagi Siti Mariam Hashim, 70, seorang ibu tunggal selepas kehilangan suami sejak setahun lalu, menzahirkan rasa syukur atas perhatian dan keprihatinan kepimpinan negeri yang sentiasa mendekati rakyat, khususnya golongan ibu tunggal yang sangat memerlukan sokongan berterusan daripada pelbagai pihak.
Beliau yang juga bekas seorang guru al-Quran telah mengajar selama 20 tahun di Kampung Paya Mas menyatakan bahawa bantuan BKJ yang disampaikan hari ini menjadi sokongan besar dalam meringankan beban kewangannya terutama membabitkan persiapan berkaitan keperluan asas.
Selain itu, menurut Hanitah Mohd Noor, 56, guru al-Quran daerah Kluang, inisiatif bantuan BKJ yang diterima hari ini disifatkan sebagai satu bentuk penghargaan bermakna kepada guru-guru al-Quran yang sebelum ini tidak pernah menerima sebarang inisiatif khusus seumpama itu.
Jelas beliau, inisiatif bantuan BKJ tersebut bukan sahaja memberi kelegaan dari sudut kewangan, malah menyifatkan ia juga sebagai tanda penghargaan Kerajaan Johor terhadap sumbangan serta suntikan semangat kepadanya untuk terus berbakti dalam memperkukuh pendidikan al-Quran di peringkat komuniti.
Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor hadir ke Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan BKJ Dewan Negeri Johor (DUN) Machap dan DUN Layang-Layang di Dataran Persiaran Muafakat, Simpang Renggam, hari ini.
#JohorSafeZone
#BantuanKasihJohor
#BKJ
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


