AGENDA PEMBANGUNAN PERIUK NASI SELATAN TETAP MENJADI KEUTAMAAN

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor tetap menjadikan agenda pembangunan ‘Periuk Nasi Selatan’ sebagai keutamaan dalam Agenda Jaminan Bekalan Makanan Negeri Johor meskipun keluasan sawah padi di negeri ini, kecil berbanding negeri lain. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip berkata, Johor memiliki 10 kawasan tanaman sawah […]

JAINJ MENYELARAS KURIKULUM AGAMA, AKADEMIK INSTITUSI TAHFIZ SWASTA

  ISKANDAR PUTERI — Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) berusaha menyelaras kurikulum agama dan akademik di seluruh institusi tahfiz swasta di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, ia agar pelajar institusi tahfiz itu mendapat pendidikan agama dan akademik yang seimbang bagi meneruskan […]

KERAJAAN JOHOR SENTIASA BERSIAP SIAGA HADAPI BENCANA BANJIR

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor sentiasa mengambil langkah kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana banjir sebelum Monsun Timur Laut (MTL) berlaku. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail berkata, langkah kesiapsiagaan itu diambil kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Johor. “Kesiapsiagaan ini merangkumi penyediaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS), penyelenggaraan logistik, […]

PROJEK PENGANGKUTAN AWAM DIGALAKKAN GUNA SISTEM TANPA TUNAI

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan negeri akan menggalakkan projek pembangunan pengangkutan awam di Johor pada masa akan datang, menggunakan sistem bayaran tanpa tunai. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, projek dimaksudkan adalah Bus Rapid Transit (BRT) dijangka beroperasi tahun 2025 dan Rapit Transit System (RTS) […]

PENINGKATAN PERMINTAAN MENDADAK PUNCA KEKURANGAN BEKALAN

  ISKANDAR PUTERI — Peningkatan permintaan terhadap telur ayam bagi gred A, B dan C secara mendadak menyebabkan kekurangan bekalan tersebut di pasaran pada ketika ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Lee Ting Han berkata, terdapat pelbagai sebab berlakunya situasi berkenaan antaranya peningkatan kegunaan industri, bakeri dan am. “Setakat ini, […]

KERAJAAN JOHOR AKAN SUARAKAN MM2H DIHIDUPKAN SEMULA

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor akan mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk ‘menghidupkan semula’ Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) sebagai antara usaha mengatasi isu lambakan hartanah mewah tidak terjual di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor berkata, program tersebut dilihat mampu menyelesaikan masalah lambakan kediaman berharga […]

20 PASUKAN SERTAI KARNIVAL PENCAK SILAT BERADAT ANTARABANGSA PIALA DATUK BANDAR PASIR GUDANG 2022

  ISKANDAR PUTERI — Sebanyak 20 pasukan dari Malaysia, Indonesia dan Singapura menyertai Karnival Pencak Silat Beradat Antarabangsa Piala Datuk Bandar Pasir Gudang 2022. Karnival anjuran Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dengan kerjasama Persatuan Pelancongan Pasir Gudang, Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) Daerah Johor Bahru, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru dan Majlis Belia Daerah […]

15,843 OBS DALAM EKONOMI GIG MENCARUM SKSPS

  ISKANDAR PUTERI — Seramai 15,843 Orang Bekerja Sendiri (OBS) terlibat ekonomi gig berdaftar dan mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di Negeri Johor sejak Januari hingga Oktober lalu, berdasarkan statistik PERKESO. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, daripada jumlah tersebut, […]

KERAJAAN FOKUS PENGEMBANGAN MODEL EKONOMI GIG

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan diminta memberi fokus pengembangan model ekonomi gig bagi membolehkan pekerja dalam sektor tersebut mendapat bimbingan sewajarnya. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, ia bagi menggalakkan perniagaan tempatan mengguna pakai tenaga ‘digital freelancer’ dari dalam negara. Menurutnya, setiap inisiatif perlu […]

419 PENERIMA MANFAAT PROGRAM GERAN PKS MAKMUR JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Seramai 419 orang menerima manfaat daripada Program Geran PKS Makmur Johor 2022 (GOL 4.0) menerusi Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB) melibatkan peruntukan berjumlah RM3.5 juta, setakat ini. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, program tersebut telah selesai pelaksanaannya. Menurutnya, […]