OPS PEMASANGAN AMBAI HARAM TANPA LESEN

  SEGAMAT — Unit Perlindungan Perikanan Batu Pahat dan Pejabat Perikanan Daerah Segamat baru-baru ini merampas dan merobohkan satu unit ambai haram yang dipasang di Sungai Muar. Dalam operasi yang dilaksanakan pada jam 10.30 pagi hingga 1 tengah hari itu bertujuan memantau pemasangan ambai haram tanpa lesen. Pada operasi itu, satu unit ambai haram yang […]

182 PREMIS TUMPUAN AWAM DIPERIKSA: JBPM Negeri Johor

  ISKANDAR PUTERI — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor melakukan pemeriksaan 182 premis tumpuan orang awam sepanjang perayaan Tahun Baru Cina, pada tahun ini.   Pemangku Pengarahnya, Ts. Mohd Rizal Buang berkata, antara premis tersebut adalah pusat beli belah dan hotel yang menjadi kunjungan orang ramai.   Menurut beliau, pemeriksaan dijalankan melibatkan […]

KERAJAAN NEGERI PASTIKAN PERANCANGAN DILAKSANAKAN: ONN HAFIZ

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor sedaya upaya memastikan setiap perancangan dilaksanakan demi manfaat dan kesejahteraan Bangsa Johor pada masa akan datang.   Perkara itu dizahirkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi selepas sesi pertemuan dengan EXCO Kerajaan Johor, semalam, bagi membincangkan pelaksanaan inisiatif dan program yang telah, sedang, dan akan dirancang.   Antara […]

SYIHAN HAZMI SAH SERTAI JDT

  ISKANDAR PUTERI — Penjaga gol Harimau Malaya, Syihan Hazmi diumumkan sebagai pemain baharu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), hari ini.   Pengumuman tersebut dibuat dalam satu klip video berdurasi 57 saat yang disiarkan oleh Facebook JOHOR Southern Tigers.   Syihan merupakan antara pemain yang membantu pasukan Kebangsaan mara ke peringkat Separuh Akhir kempen […]

PIJ, TWRJ TEROKA PELUANG APLIKASI JOHORPAY

    ISKANDAR PUTERI — Perbadanan Islam Johor (PIJ) menerusi Tabung Waqaf Rakyat Johor (TWRJ) semalam mengadakan kunjungan muhibah bersama ICT@Johor. Ia bagi membincangkan mengenai peluang penglibatan PIJ dan TWRJ dalam sistem JohorPay, selain kerjasama kedua-dua jabatan terutama dalam bidang pendigitalan. Delegasi PIJ diketuai oleh Timbalan Pengurus Besarnya, Khirul Nizam Mat Said dan disambut oleh […]

KERAJAAN JOHOR KAJI DESTINASI PENERBANGAN BAHARU

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan negeri sedang mengkaji destinasi penerbangan baharu bagi merancakkan lagi sektor pelancongan di Negeri Johor.   Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K. Raven Kumar berkata, sehingga kini, terdapat 16 destinasi penerbangan melibatkan 12 penerbangan domestik dan empat ke negara ASEAN.   “Kerajaan negeri sedang mengkaji beberapa […]

MENTERI BESAR JOHOR BERTEMU SHAH FIRDAUS

  ISKANDAR PUTERI — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengadakan pertemuan bersama atlet berbasikal kelahiran Johor Muhammad Shah Firdaus Sahrom, semalam.   Pertemuan tersebut membuka ruang atlet berasal dari Kampung Parit Setongkat, Muar itu berkongsi cerita dan perkembangan terkini dalam bidang sukan diceburi.   “Anak muda berasal dari Kampung Parit Setongkat, Muar ini […]

PENDAFTARAN SEKOLAH AGAMA BERSEPADU (SRAB) KINI DIBUKA

  ISKANDAR PUTERI — Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kini membuka pendaftaran bagi kemasukan Darjah Satu Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) bagi sesi persekolahan 2024 bermula 1 Januari hingga 31 Mac ini. Dalam kenyataannya, BPI JAINJ memaklumkan segala borang permohonan dan pertanyaan berhubung perkara itu boleh dibuat dengan berhubung terus […]

KAPAL BAWA ‘MUATAN SERANGGA PEROSAK’ DIARAH BERPATAH BALIK

  BATU PAHAT — Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor mengarahkan sebuah kapal yang membawa muatan kopra kelapa kering supaya berpatah balik semula ke Indonesia. Ia berikutan pemeriksaan MAQIS Johor terhadap kapal yang membawa barangan komoditi itu menemui serangga perosak pada muatan kopra kelapa kering yang dibawanya. Pengarah MAQIS Johor, Edie Putra Md […]

KAJI SEMULA GAJI DOKTOR, PETUGAS KESIHATAN – EXCO KERAJAAN JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diseru mengkaji semula struktur gaji dan kebajikan doktor serta petugas kesihatan.   Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, KKM juga perlu membantu pegawai perubatan berstatus jawatan kontrak demi jaminan masa depan kumpulan itu.   “Petugas kesihatan dan doktor yang bekerja syif malam […]