AURA JUARA CHONG WEI BANTU PEMBANGUNAN ATLET MUDA JOHOR

#IskandarPuteri – Sebut sahaja nama Lee Chong Wei, sama ada anda peminat sukan badminton atau tidak, hampir semua peringkat umur mengenali legenda badminton dunia tersebut.   Perkara ini dapat disaksikan apabila baru-baru ini anak kecil, ibu bapa serta peminat sukan badminton membanjiri Arena Badminton Johor, Taman Perling untuk tidak melepaskan peluang bersemuka dan beramah mesra […]

JOHOR TERIMA DUA PROJEK MERCU TANDA DARIPADA ECERDC

  #IskandarPuteri – Johor terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju pembangunan strategik di selatan tanah air apabila menerima dua projek mercu tanda, Lembah Tenusu Jemaluang (JDV) dan Pusat Informasi Hutan Hujan (RDC) Peta di Mersing daripada Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).   Penyerahan projek berkenaan bukan sahaja mencerminkan keyakinan pelabur terhadap potensi jangka panjang […]

INSTITUT DATO’ ONN METERAI MoU PERKUKUH JARINGAN INOVASI GLOBAL

  #IskandarPuteri – Institut Dato’ Onn (IDO) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Rangkaian Perintis bagi Penyelidikan dan Inovasi Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8 NPRI) diketuai oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM).   MoU tersebut menandakan komitmen bersama negara-negara anggota D-8 terdiri daripada Malaysia diwakili UTM selain Iran, Pakistan, Bangladesh, Nigeria, Indonesia, Mesir dan […]

JOHOR-KPM KUKUHKAN KOMITMEN BERSAMA PERKASA AGENDA PENDIDIKAN

    Oleh: NUREEN NATASYA NOOR HASHAIRUL   #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri terus mengorak langkah memperkukuhkan lagi hubungan strategik dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha memperkasa agenda pendidikan negeri.   Bagi tujuan tersebut, YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor mengadakan kunjungan hormat serta perbincangan khas bersama YBrs. Dato’ Ts. […]

DUTA SUKAN JOHOR GAMATKAN ARENA BADMINTON JOHOR

  #JohorBahru – Peminat sukan badminton terdiri daripada atlet pembangunan negeri Johor, pelajar sekolah sekitar Johor Bahru dan ibu bapa membanjiri sesi ‘Meet and Greet bersama Dato’ Seri Dr. Lee Chong Wei, Duta Sukan Johor’ di Arena Badminton Johor, Taman Perling anjuran Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) bersama Persatuan Badminton Negeri Johor (JHBA).   Meluangkan […]

GTTJB BAKAL MEMENTASKAN TEATER DEWATA: CINTA ANTARA TAKHTA

  #JohorBahru – Persatuan Gerak Teater Tari Johor Bahru (GTTJB) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan, Yayasan Warisan Johor dan Tourism Johor selaku rakan strategik bakal mementaskan teater Dewata: Cinta Antara Takhta di Dewan Utama, Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Yayasan Warisan Johor pada 26 Oktober ini.   Teater bertemakan pertarungan antara cinta, […]

BELANJAWAN 2026: HARAP ADA BERITA BAIK UNTUK SEKTOR KESIHATAN DI JOHOR

  #IskandarPuteri – Menjelang pembentangan Belanjawan 2026 oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, pada Jumaat ini, Johor turut meletakkan harapan besar terhadap Kerajaan Persekutuan untuk terus memberi tumpuan kepada pembangunan sektor kesihatan dan infrastruktur negeri ini, selaras dengan pertumbuhan pesat ekonomi serta keperluan infrastruktur awam yang semakin meningkat.   Antara perkara utama atau […]

BANTUAN KASIH JOHOR BUKTI KERAJAAN NEGERI ‘KONGSI REZEKI’

  #Kluang – Komuniti pertanian khususnya kumpulan pekebun kecil bersyukur kerana ‘keberadaan’ mereka sentiasa dilihat dan dibantu oleh Kerajaan Negeri termasuk pemberian Bantuan Kasih Johor sebanyak RM200 secara ‘one-off’, sekali gus memberi manfaat kepada kira-kira 22,000 penerima daripada kelompok berkenaan.   Inisiatif itu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam ‘berkongsi rezeki’ daripada hasil limpahan kemakmuran […]

JUALAN KASIH JOHOR DEEPAVALI TAWAR SET KOMBO ISTIMEWA

#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri terus komited meringankan beban rakyat terutama masyarakat India membuat persiapan menjelang perayaan Deepavali menerusi pelaksanaan Jualan Kasih Johor di 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula 9 hingga 18 Oktober ini.   Inisiatif dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Johor itu menawarkan ‘Set Kombo Kasih’ bagi ayam seekor, minyak masak […]

UTM PENERAJU FESTIVAL IDEA JOHOR 2025

  #IskandarPuteri – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) muncul sebagai peneraju utama penganjuran Festival Idea Johor (FIJ) 2025, yang berlangsung di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri selama dua hari bermula 4 hingga 5 Oktober 2025.   Dengan menghimpunkan pameran dan penyertaan pelbagai institusi pengajian tinggi dari seluruh negeri Johor, penganjuran FIJ 2025 ini bukan sekadar mempamerkan […]