DYAM TUNKU MAHKOTA ISMAIL MENGETUAI ROYAL JOHOR POLO CLUB DI JSCPT 2026

DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dijadualkan membuat penampilan bersama pasukan Royal Johor pada perlawanan pembukaan kejohanan berprestij JSCPT 2026. | Foto MDJ Aisyah Mazalan
#JohorBahru – Johor secara rasmi menjadi tuan rumah Johor Super Crown Polo Tournament (JSCPT) 2026 yang menghimpunkan pemain polo antarabangsa, tetamu kenamaan serta kerabat DiRaja Malaysia.
Kejohanan berlangsung selama enam hari dari 1 hingga 6 September di Padang Polo Diraja, Istana Pasir Pelangi dengan penyertaan lima pasukan elit berstatus 22 jaringan.
DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dijadualkan membuat penampilan bersama pasukan Royal Johor pada perlawanan pembukaan kejohanan berprestij JSCPT 2026.
Antara nama besar dunia polo yang dijangka beraksi ialah Juan Martín Nero, Polito Pieres, Nachi du Plessis, John-Paul Clarkin, Gonzalo Pieres Jr., Matías Mac Donough, Nacho Figueras, Nic Roldán dan Alejandro Novillo Astrada.
Bercakap pada sidang media, Nachi Du Plessis, pemain polo pasukan Temasek berpuas hati dengan segala fasiliti yang telah disediakan oleh Kelab Polo Diraja Johor (RJPC) dan menjanjikan aksi luar biasa untuk penggemar polo sepanjang kejohanan.
Kejohanan yang dianjurkan dengan latar belakang sejarah serta tradisi RJPC itu bukan sekadar pertandingan, malah menggabungkan elemen hospitaliti mewah, pertukaran budaya dan jaringan antarabangsa.
JSCPT 2026 bertujuan mengangkat Johor sebagai destinasi utama pelancongan sukan mewah antarabangsa, selain memperkenalkan legasi polo Johor ke pentas global.
Lebih 500 tetamu VIP dijangka hadir di sepanjang kejohanan yang turut dilihat mampu membuka peluang ekonomi baharu kepada Johor serta mengukuhkan kedudukan negeri itu dalam peta polo dunia.
Istimewa bagi peminat polo seluruh dunia, JSCPT 2026 akan disiarkan secara langsung di PoloLine.TV ( https://www.pololine.tv/johor26/ ), platform penstriman digital global percuma yang dikhususkan sepenuhnya untuk sukan polo.
#JohorSafeZone
#RoyalJohorPolo
#RJPC
#JSCPT2026
#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



