GEMPA BUMI LEMAH DIKESAN DI BUKIT KEPONG

Gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 dikesan berlaku di Bukit Kepong, Pagoh pagi tadi. | Foto FB Malaysian Meteorological Department
#IskandarPuteri – Satu kejadian gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 pada kedalaman 10 kilometer telah dikesan berlaku di kawasan Bukit Kepong, Pagoh, pagi tadi.
Menurut maklumat awal, gegaran tersebut yang berlaku sekitar jam 8.55 pagi itu tidak melibatkan sebarang laporan kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda, selain disahkan tiada ancaman tsunami kepada Negeri Johor setakat ini, jelas YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor.
Sehubungan itu, orang ramai khususnya penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar kekal bertenang, menjauhi struktur yang tidak kukuh serta sentiasa peka terhadap persekitaran sebagai langkah berjaga-jaga.
Sementara itu, Kerajaan Negeri memaklumkan bahawa pemantauan rapi sedang dijalankan secara berterusan bersama agensi berkaitan bagi memastikan situasi kekal terkawal dan sebarang perkembangan berkaitan akan dapat dikenal pasti lebih awal.
Kerajaan Negeri turut menegaskan komitmen berterusan dalam memastikan keselamatan rakyat sentiasa menjadi keutamaan dan maklumat sahih akan disalurkan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan sebarang kekeliruan orang ramai.
Pada masa sama, seluruh Bangsa Johor diajak untuk bersama-sama berdoa agar negeri ini sentiasa berada dalam perlindungan Allah SWT, dijauhkan daripada sebarang musibah serta terus dikurniakan keselamatan dan kesejahteraan.
#JohorSafeZone
#GempaBumi
#Pray4Johor
#DoaUntukJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


