GERAN PERALATAN RM1.5 JUTA KUKUH PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL

Lebih 200 pencari kerja berjaya mendapat pekerjaan sempena karnival kerjaya terbesar 2025, bukti komitmen Kerajaan Negeri memperkukuh peluang kerjaya berkualiti. | Foto MDJ Nurina Aisyah

#PasirGudang – Kerajaan Johor komited dalam memastikan akses pendidikan dan latihan teknikal kepada pelajar di negeri ini, terus diperkukuhkan melalui inisiatif geran peralatan bernilai RM1.5 juta kepada empat institusi latihan serta pendidikan terpilih.

 

Geran kepada Johor Skills Development Centre (JSkills) Pasir Gudang, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat, ADTEC Pasir Gudang dan Politeknik Mersing Johor (PMJ) itu untuk menaik taraf kemudahan serta peralatan latihan di semua institusi terbabit.

 

Usaha naik taraf agar pelajar didedahkan kepada teknologi dan kemahiran terkini mengikut keperluan industri semasa itu juga sejajar dengan hasrat melahirkan tenaga kerja mahir tempatan kompeten dan berdaya saing sekali gus graduan Johor yang relevan dalam pasaran pekerjaan berimpak tinggi.

 

Selain itu, usaha mempersiapkan bakat tempatan dengan kemahiran terkini terus menjadi keutamaan menerusi Majlis Menandatangani Surat Niat (LOI) antara Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) bersama rakan industri iaitu Kyukendo Malaysia Sdn. Bhd., Ranhill SAJ Sdn. Bhd. dan Butik Modam Malaysia.

 

Terdahulu, YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor selaku wakil rasmi Menteri Besar Johor menyempurnakan perasmian JTDC Mega Kerjaya MYFutureJobs PIS x MBPG 2025 di UTC Pasir Gudang, hari ini.

 

Sempena penganjuran karnival kerjaya terbesar 2025, lebih 200 pencari kerja berjaya memperoleh pekerjaan impian setakat hari ini, sekali gus menzahirkan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam menyediakan lebih banyak peluang kerjaya dengan tawaran gaji premium.

 

#JohorSafeZone

#JTDC
#PERKESO
#PIS
#MBPG
#MegaKerjaya
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor