HOSPITAL PASIR GUDANG REKOD KELAHIRAN 18 BAYI SEJAK MULA BEROPERASI

YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor mengadakan lawatan serta sesi pemantauan di Hospital Pasir Gudang baru-baru ini. | Foto FB AH Soon

#IskandarPuteri – Hospital Pasir Gudang (HPG) merekodkan seramai 18 orang bayi telah selamat dilahirkan setakat 15 Januari lalu, sejak hospital berkenaan mula beroperasi pada penghujung tahun 2025.

 

Kelahiran yang direkodkan mencerminkan kesiapsiagaan HPG dalam menyediakan perkhidmatan perubatan komprehensif khususnya bagi ibu dan bayi sekali gus menjadi permulaan positif kepada pengoperasian hospital baharu ini.

 

Dalam masa yang sama, Jabatan Kecemasan HPG kini beroperasi sepenuhnya selama 24 jam, manakala wad pesakit lelaki, wanita dan kanak-kanak telah mula menerima pesakit dengan kira-kira 80 buah katil telah digunakan.

 

Selain itu, pusat hemodialisis turut mula beroperasi bagi memenuhi keperluan pesakit yang memerlukan rawatan berkala diikuti bilik pembedahan telah digunakan secara berperingkat dengan tumpuan kepada pembedahan kecil.

 

Di Jabatan Radiologi, pelbagai peralatan moden telah digunakan sepenuhnya di samping makmal hospital dilengkapi peralatan baharu beroperasi secara separa, manakala pembukaan kafeteria untuk pesakit, pelawat dan petugas kesihatan.

 

Terdahulu, YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor mengadakan lawatan serta sesi pemantauan di hospital berkenaan, baru-baru ini.

 

#JohorSafeZone
#HospitalPasirGudang
#AgendaKesihatan
#JohorSihat
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor