HOSPITAL SULTANAH AMINAH TERSENARAI ANTARA 50 HOSPITAL TERBAIK MALAYSIA

Pencapaian ini mencerminkan dedikasi dan komitmen seluruh warga HSAJB dalam memastikan rakyat Johor menerima rawatan kesihatan terbaik serta perkhidmatan hospital berjalan lancar. | Foto Arkib MDJ

 

#IskandarPuteri – Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB), berjaya tersenarai dalam 50 Hospital Terbaik di Malaysia bagi tahun 2026, menduduki kedudukan ke-36 selepas tidak tersenarai pada tahun lalu.

 

Pencapaian ini mencerminkan dedikasi dan komitmen seluruh warga HSAJB dalam memastikan rakyat Johor menerima rawatan kesihatan terbaik serta perkhidmatan hospital berjalan lancar.

 

Untuk rekod, Kerajaan Johor telah mengambil inisiatif mempertingkat infrastruktur dan sistem perkhidmatan, termasuk penambahan aset kritikal seperti katil, tilam serta ambulans ‘recond’ yang dilihat sebagai penyelesaian praktikal menjimatkan kos.

 

Sukarelawan Southern Volunteers (SV) juga digerakkan bagi membantu menjalankan tugas pentadbiran, mendaftar dan menghantar pesakit ke bilik rawatan sekali gus meringankan beban petugas kesihatan sedia ada.

 

Bagi meningkatkan kecekapan pengurusan kes kecemasan, Kerajaan Negeri juga telah menambah bilangan doktor secara lokum, membolehkan setiap pesakit mendapat rawatan segera manakala beban kerja di jabatan terbabit diurus dengan lebih sistematik.

 

Justeru, Kerajaan Johor akan terus menyokong dan membantu sistem kesihatan awam dan mengambil pendekatan ‘whole of government approach’ bagi memastikan Bangsa Johor menikmati perkhidmatan kesihatan awam yang berkualiti dan bermaruah.

 

#JohorSafeZone
#PenjagaanKesihatan
#HSAJB
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor