HUBUNGAN JOHOR–SINGAPURA DI TAHAP TERTINGGI, KERJASAMA RENTAS SEMPADAN DIPERKUKUH

YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pemeriksaan Woodlands, Singapura bagi meninjau operasi pintu sempadan yang menguruskan ratusan ribu pergerakan harian. | Foto FB Onn Hafiz Ghazi
#IskandarPuteri – Hubungan Johor–Singapura kini berada pada tahap tertinggi dengan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak terus diperkukuh, khususnya dalam memperkasakan inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) sebagai pemangkin ekonomi serantau.
Perkembangan ini dizahirkan menerusi lawatan kerja YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor ke Pusat Pemeriksaan Woodlands, Singapura atas jemputan TYT K. Shanmugam, Menteri Ehwal Dalam Negeri Singapura bagi meneliti operasi pintu sempadan yang mengendalikan ratusan ribu pergerakan harian.
Menerusi lawatan kerja berkenaan, Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura telah menyampaikan taklimat berkenaan penggunaan sistem kod QR dan pengecaman wajah bagi meningkatkan keselamatan serta mempercepatkan aliran trafik.
Bermula 31 Mac lalu, teknologi berkenaan akan diperluaskan kepada penunggang motosikal di 18 lorong automatik dan ia juga akan diperluaskan ke semua 70 lorong serta Tuas Checkpoint secara berperingkat, mencerminkan usaha memodenkan sistem sempadan selaras dengan keperluan mobiliti rentas negara yang semakin tinggi.
Selain itu, kedua-dua pemimpin berkenaan turut mengadakan perbincangan lanjut di Restoran Hua Mui bagi memperkukuh kerjasama Johor–Singapura, khususnya dalam menjayakan JS-SEZ sebagai pemangkin pelaburan dan pertumbuhan ekonomi.
Menerusi kerjasama erat yang dijalin ini, ia dijangka dapat memacu pelaburan berkualiti, membuka peluang pekerjaan bergaji premium serta memberi manfaat langsung kepada Bangsa Johor.
#JohorSafeZone
#JSSEZ
#ZonEkonomiKhasJohorSingapura
#JohorHomeOfChampions
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


