IBU TUNGGAL, WARGA EMAS HARGAI KEPRIHATINAN KERAJAAN NEGERI

Antara penerima golongan ibu tunggal yang menerima Bantuan Kasih Johor pada Majlis Penyerahan Bantuan Kasih Johor bagi Parlimen Simpang Renggam di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 5, Simpang Renggam, Kluang. | Foto MDJ Imran Razib
#Kluang – Golongan ibu tunggal tidak ketinggalan menjadi penerima manfaat daripada pertambahan hasil negeri yang dipulangkan semula kepada rakyat apabila menerima Bantuan Kasih Johor sebanyak RM300 secara ‘one-off’.
Selain menzahirkan syukur dan terima kasih, golongan tersebut menyifatkan inisiatif Kerajaan Negeri itu sebagai tanda kasih serta sokongan moral atas pengorbanan mereka membesarkan anak dengan kehidupan berdikari dan tinggal berjauhan dengan waris.
Bagi Jamaliah Teman, 74, bantuan yang diterima membantu menampung keperluan harian terutama bagi mereka berpendapatan terhad dan menghargai keprihatinan berterusan Kerajaan Negeri kepada rakyat.
Manakala, Baidah Bijor, 71, menyifatkan bantuan itu sebagai penghargaan dan bukti Kerajaan Negeri mengambil berat pengorbanan serta tidak meminggirkan ibu tunggal khususnya warga emas yang membesarkan anak sendirian.
Sementara itu, Zaleha Ahmad, 71, pula memberitahu Bantuan Kasih Johor melambangkan keikhlasan Kerajaan Johor dalam memastikan kebajikan rakyat terus dijaga selain turut memberi kelegaan kepada ibu tunggal.
Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Kasih Johor bagi Parlimen Simpang Renggam di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 5, Simpang Renggam, Kluang, hari ini.
#JohorSafeZone
#BantuanKasihJohor
#PemimpinDanRakyatJohor
#BantuanJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor