JAMBATAN ECO LINK SIREH PARK SOKONG AGENDA HIJAU JOHOR

ECO Link di SIREH Park, Iskandar Puteri kini dibuka sebagai laluan penghubung pengunjung yang melawati Taman Rekreasi Komuniti Hijau Bandar Terbesar di Malaysia. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

#IskandarPuteri – UEM Group Berhad melalui Yayasan UEM mengambil inisiatif melaksanakan kerja-kerja pemulihan dan naik taraf jambatan ECO Link di SIREH Park, Iskandar Puteri yang merupakan Taman Rekreasi Komuniti Hijau Bandar Terbesar di Malaysia.

 

Jambatan ECO Link sebelum ini dikenali sebagai ‘Hill Bridge’ sepanjang 65 meter yang dinaik taraf itu dibina sempena temasya SUKMA 2020, namun tidak sempat digunakan secara rasmi akibat pandemik COVID-19 selain keadaan struktur asal kini tidak selamat.

 

Pemulihan infrastruktur terbabit oleh Yayasan UEM menggunakan bahan mesra alam sekitar itu mengembalikan fungsinya sebagai laluan penghubung pengunjung dan mengekalkan keseimbangan ekologi di taman rekreasi komuniti berkenaan selari dengan Agenda Hijau Johor 2030.

 

Sebagai mencerminkan komitmen berterusan sektor korporat menyokong aspirasi Kerajaan Negeri menyediakan persekitaran hijau yang kondusif, Yayasan UEM turut menaja penanaman 100 pokok baharu bagi menambah nilai landskap hijau sedia ada di SIREH Park.

 

Kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan sektor swasta menjadi bukti keseriusan Johor melaksanakan dasar pembangunan mampan untuk manfaat kepada rakyat dan generasi akan datang selain mengangkat kelestarian taman rekreasi komuniti berkeluasan 343 ekar tersebut dan Negeri Johor secara keseluruhan.

 

Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor hadir Majlis Perasmian Jambatan ECO Link SIREH Park yang turut berlangsung Program Komuniti Eco-Day menghimpunkan lebih 600 peserta dengan pelbagai aktiviti kelestarian di SIREH Park, Iskandar Puteri, hari ini.

 

#ECOLinkSirehPark
#YayasanUEM
#SirehPark
#AgendaHijauJohor2030
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor