JOHOR ANJUR MARATON BERTARAF ANTARABANGSA NOVEMBER INI

YB Tuan Mohd Hairi Md Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor merasmikan pelancaran BRJIM 2025 di Bank Rakyat Johor, Coronation Square. | Foto MDJ Wira Anggara
#JohorBahru – Lebih 8,000 peserta terdiri daripada atlet profesional dan pelari rekreasi dari dalam dan luar negara disasarkan menyertai edisi sulung Maraton Antarabangsa Johor Bank Rakyat (BRJIM) 2025 dijadualkan berlangsung di Kota Jail pada 8 dan 9 November ini.
Penganjuran acara bertaraf antarabangsa dengan Bank Rakyat selaku rakan penaja utama itu menjadi platform penting dalam menjulang Johor sebagai hab sukan serantau menerusi agenda Johor Sports Nation 2030 diilhamkan oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.
Selain itu, penganjuran BRJIM 2025 bukan sahaja memperkukuhkan semangat kesukanan dan mempromosi gaya hidup sihat malah merancakkan ekonomi tempatan, memperkukuh pelancongan sukan serta meletakkan Johor dalam peta utama kalendar sukan antarabangsa.
Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) komited memastikan penganjuran BRJIM 2025 menepati piawaian antarabangsa dengan penekanan diberikan terhadap aspek logistik, keselamatan dan pengurusan acara yang cekap serta profesional bagi menjamin keselamatan dan memberi pengalaman menarik kepada peserta.
Pendaftaran acara yang mempertandingkan lima kategori larian melibatkan maraton penuh 42 kilometer (km) selain 21 km, 10 km, 5 km dan 2 km itu akan mula dibuka kepada orang ramai bermula 15 Ogos depan sekali gus menjadikan penganjurannya sesuai untuk semua peringkat daripada peserta rekreasi hingga ke elit.
Terdahulu, YB Tuan Mohd Hairi Md Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor merasmikan pelancaran BRJIM 2025 di Bank Rakyat Johor, Coronation Square. Turut hadir, YBhg. Tuan Ts. Mohd Ekmaluddin Ishak, Pengarah MSNJ dan YBrs. Encik Ahmad Shahril Mohd Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat.
#BankRakyatJohorInternationalMarathon
#SukanMDJ
#JohorHomeOfChampions
#JohorSportsNation
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor