JOHOR RANGKA PENDEKATAN BERSASAR TANGANI KESAN KONFLIK TIMUR TENGAH

Inisiatif tersebut digerakkan selaras dengan titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang sentiasa menekankan kepentingan kebajikan dan kesejahteraan rakyat. | Foto FB HRH Crown Prince of Johor
#IskandarPuteri – Kerajaan Johor sedang merangka pendekatan bersasar bagi mengurangkan beban rakyat susulan ketidaktentuan global akibat konflik di Timur Tengah yang sedikit sebanyak turut memberi kesan kepada kenaikan kos sara hidup.
Langkah ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memastikan kesejahteraan dan kebajikan Bangsa Johor terus terpelihara meskipun terpaksa berdepan dengan cabaran ekonomi luar jangka dan tidak menentu.
Inisiatif tersebut digerakkan selaras dengan titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang sentiasa menekankan kepentingan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
Dalam situasi dunia yang semakin mencabar akibat ketegangan geopolitik dan peperangan di Timur Tengah, Kerajaan Johor telah mengambil pendekatan proaktif dengan menyusun langkah awal secara terselaras dan berimpak bagi menyerap sebarang tekanan ekonomi luar jangka yang boleh berlaku akibat faktor berkenaan.
Beberapa inisiatif dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat selepas ia dimuktamadkan dan ia akan melibatkan pelaksanaan pelbagai inisiatif komprehensif yang bukan sahaja memberi kelegaan segera kepada rakyat, malah memastikan kestabilan ekonomi negeri terus diperkukuh dalam tempoh jangka masa panjang.
Usaha ini sekali gus mencerminkan iltizam Kerajaan Johor dalam memastikan setiap perancangan dilaksanakan dengan teliti demi keseimbangan antara kesejahteraan rakyat dan pertumbuhan ekonomi negeri yang lebih mampan dan dinamik.
#JohorSafeZone
#BangsaJohorSejahtera
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


