JOHOR SALUR RM27.04 JUTA UNTUK PENYELESAIAN ISU RAKYAT MELALUI MTD

YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor membentangkan Belanjawan Johor 2026 bertemakan ‘Bangsa Johor Sejahtera’ pada Mesyuarat Ketiga (Belanjawan 2026) bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Ke-15. | Foto MDJ Wira Anggara

#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri Johor memperkukuh usaha bagi memastikan setiap isu rakyat di kawasan Dewan Negeri (DUN) di negeri ini akan dapat diselesaikan dengan segera melalui pelaksanaan inisiatif Penyelesaian Isu-Isu Mesyuarat Tindakan DUN (MTD).

 

Inisiatif di bawah Teras 4: Kemudahan dan Keperluan Asas pada Belanjawan Johor 2026 itu menyaksikan peruntukan sebanyak RM27.04 juta akan disalurkan secara khusus untuk melaksanakan projek-projek berskala kecil yang boleh memberi kesan langsung kepada kesejahteraan komuniti setempat.

 

Menerusi peruntukan tersebut, ia akan dapat memastikan setiap jabatan dan agensi kerajaan mempunyai sumber dana yang mencukupi untuk bertindak secara terancang dalam usaha menangani isu rakyat di peringkat akar umbi dengan lebih cepat dan berkesan.

 

Inisiatif ini juga akan turut menekankan kepentingan penyampaian dasar pentadbiran yang lebih dekat dengan kehidupan rakyat apabila suara rakyat didengari dan tindakan konkrit terus diambil. Proses ini akan dapat dimulakan dari peringkat perancangan hingga pelaksanaan menjadikan proses pentadbiran lebih responsif di setiap DUN.

 

Usaha ini secara tidak langsung mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memastikan setiap permasalahan rakyat mendapat perhatian segera, sekali gus menjadikan kesejahteraan rakyat sebagai satu keutamaan.

 

Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor membentangkan Belanjawan Johor 2026 bertemakan ‘Bangsa Johor Sejahtera’ pada Mesyuarat Ketiga (Belanjawan 2026) bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, hari ini.

 

#JohorSafeZone
#BelanjawanJohor2026
#BangsaJohorSejahtera
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor