JTDC METERAI MoU PERKUKUH AGENDA PEMBANGUNAN BAKAT

MoU ini memfokuskan penubuhan Makmal Bersama Kecerdasan Buatan atau Joint Laboratory for Artificial Intelligence (JL-AI) antara Fakulti Kecerdasan Buatan UTM dan Kolej Sains Maklumat dan Kejuruteraan Elektronik, Universiti Zhejiang. | Foto FB Aznan Tamin
#IskandarPuteri – Johor memperkukuh agenda pembangunan bakat dan teknologi masa hadapan apabila Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) strategik bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Zhejiang (ZJU), China yang juga sebuah universiti bertaraf dunia, selain berada di kedudukan ke-47 terbaik rangking global.
MoU tersebut memfokuskan penubuhan Makmal Bersama Kecerdasan Buatan atau Joint Laboratory for Artificial Intelligence (JL-AI) antara Fakulti Kecerdasan Buatan UTM dan Kolej Sains Maklumat dan Kejuruteraan Elektronik ZJU, sekali gus membuka lembaran baharu kerjasama penyelidikan serta inovasi berimpak tinggi dalam bidang AI.
Lebih membanggakan, UTM juga menjadi universiti kedua tempatan yang menjalin kerjasama rasmi dengan ZJU selepas Universiti Malaya (UM) dan ia secara tidak langsung mencerminkan pengiktirafan antarabangsa terhadap keupayaan akademik dan penyelidikan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.
Kerjasama strategik ini memberi tumpuan kepada dua teras utama iaitu pertukaran akademik serta mobiliti pelajar, penyelidik dan ahli akademik, selain turut menyediakan sokongan biasiswa khas daripada ZJU khusus untuk anak-anak Johor yang berpotensi dalam bidang teknologi dan AI.
Inisiatif ini membuktikan komitmen serius Kerajaan Negeri Johor dalam membina rangkaian global pendidikan tinggi, memperkukuh ekosistem penyelidikan dan inovasi serta memastikan anak muda Johor mendapat akses kepada peluang akademik dan teknologi terbaik dunia.
Kerjasama strategik ini juga dijangka menjadi pemangkin penting dalam pembangunan saluran bakat berkemahiran tinggi, menyokong pembinaan ekosistem AI Johor yang mampan, serta merealisasikan aspirasi Johor sebagai sebuah negeri maju dan berdaya saing menjelang 2030.
Terdahulu, YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor mengetuai delegasi JTDC mengadakan lawatan kerja ke ZJU, Hangzhou, China, baru-baru ini.
#JohorSafeZone
#JTDC
#UniversitiZheijiang
#WTN
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



