JUALAN KASIH JOHOR DEEPAVALI TAWAR SET KOMBO ISTIMEWA

Kerajaan Negeri Johor menganjurkan Jualan Kasih Johor di 56 DUN mulai 9 hingga 18 Oktober bagi membantu masyarakat India membuat persiapan Deepavali. | Foto arkib MDJ

#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri terus komited meringankan beban rakyat terutama masyarakat India membuat persiapan menjelang perayaan Deepavali menerusi pelaksanaan Jualan Kasih Johor di 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula 9 hingga 18 Oktober ini.

 

Inisiatif dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Johor itu menawarkan ‘Set Kombo Kasih’ bagi ayam seekor, minyak masak dua liter dan telur ayam sepapan yang dijual pada harga istimewa iaitu RM15 sahaja.

 

Selain set kombo berkenaan, orang ramai juga boleh menikmati potongan harga bagi keperluan lain seperti ayam dengan RM6 sekilogram, daging kambing (RM5/kg), ikan terpilih (RM5/kg) dan pelbagai lagi barangan segar tempatan.

 

Jualan Kasih Johor merupakan insiatif berterusan Kerajaan Negeri membantu rakyat untuk mengurangkan kos sara hidup dengan menyediakan barangan keperluan makanan asas terpilih pada harga istimewa khususnya ketika musim perayaan.

 

Kerajaan Negeri meneruskan pelaksanaan Jualan Kasih Johor yang telah dimulakan sejak 2023 sebagai langkah strategik membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan asas dengan kaedah pengurangan harga yang signifikan melalui peruntukan berjumlah RM6.6 juta, tahun ini.

 

Seluruh Bangsa Johor dialu-alukan untuk memeriahkan Jualan Kasih Johor sempena perayaan Deepavali dengan hadir ke semua lokasi yang telah ditetapkan dan menjadi antara penerima manfaat pemberian subsidi harga produk makanan terpilih.

 

#JohorSafeZone
#JualanKasihJohor
#JaringanKeselamatanSosial
#JohorBerkebajikan
#BangsaJohor
#MediaDigitaljohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor