KERAJAAN JOHOR LULUS RM1 JUTA BAIK PULIH KUARTERS POLIS MUAR

YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor mengadakan lawatan ke daerah Muar dan meninjau keadaan semasa kuarters polis di daerah berkenaan. | Foto FB Onn Hafiz Ghazi

 

#IskandarPuteri – Kerajaan Johor meluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi melaksanakan kerja-kerja baik pulih kuarters polis di daerah Muar sebagai usaha memastikan kebajikan anggota keselamatan berkenaan terus terpelihara.

 

Inisiatif ini dilaksanakan bagi menyediakan kemudahan kediaman yang lebih selesa dan selamat kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas menjaga keamanan serta ketenteraman awam di daerah Muar.

 

Tinjauan ke kawasan kuarters berkenaan mendapati sebahagian unit kediaman kini berada dalam keadaan uzur dan memerlukan perhatian segera, termasuk beberapa kemudahan asas yang tidak lagi berada pada tahap memuaskan.

 

Justeru, kerja-kerja baik pulih akan dilaksanakan bagi memastikan kemudahan kuarters kediaman yang lebih baik dapat disediakan kepada anggota polis serta keluarga mereka.

 

Kerajaan Negeri juga mengambil pendekatan ‘whole-of-nation approach’ dengan bekerjasama bersama agensi berkaitan bagi memastikan kebajikan anggota keselamatan sentiasa diberi perhatian.

 

Usaha ini diharap dapat memberikan keselesaan yang lebih baik kepada anggota polis yang terus berkhidmat dengan penuh dedikasi demi menjaga keselamatan Bangsa Johor.

 

Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor mengadakan lawatan ke daerah Muar dan meninjau keadaan semasa kuarters polis di daerah berkenaan .

 

#JohorSafeZone
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor