KERAJAAN JOHOR PANTAU RAPI KESELAMATAN PELAJAR DI MESIR DAN JORDAN

Sehingga kini, terdapat seramai 330 pelajar Johor berada di Mesir serta 210 pelajar lagi di Jordan dan mereka kini berada dalam pemantauan berterusan Kerajaan Johor dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di kedua-dua negara bagi memastikan tahap keselamatan kesemua pelajar berkenaan sentiasa terjamin. | Foto FB Mohd Fared Mohd Khalid.

 

#IskandarPuteri – Kerajaan Johor sentiasa mengikuti rapat setiap perkembangan semasa melibatkan pelajar Johor yang sedang menuntut di beberapa negara di Timur Tengah, khususnya Mesir dan Jordan, susulan ketegangan yang tercetus akibat serangan yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran pada 28 Februari lalu.

 

Sehingga kini, terdapat seramai 330 pelajar Johor berada di Mesir serta 210 pelajar lagi di Jordan dan mereka kini berada dalam pemantauan berterusan Kerajaan Johor dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di kedua-dua negara bagi memastikan tahap keselamatan kesemua pelajar berkenaan sentiasa terjamin.

 

Kerajaan Johor juga sentiasa berhubung rapat dengan Kedutaan Malaysia dan wakil pelajar bagi mendapatkan perkembangan terkini, dengan setiap tindakan akan berpandukan nasihat keselamatan serta kenyataan rasmi daripada Kedutaan Malaysia di negara terlibat.

 

Pada masa sama, Kerajaan Johor menyeru semua pelajar agar mematuhi sepenuhnya arahan serta garis panduan keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan dan Kedutaan Besar Malaysia di negara masing-masing.

 

Justeru, ibu bapa dinasihatkan supaya kekal bertenang dan hanya mendapatkan maklumat daripada saluran rasmi bagi mengelakkan kekeliruan, selain Kerajaan Johor.juga akan terus memastikan kebajikan serta keselamatan anak-anak Johor di Timur Tengah sentiasa menjadi keutamaan.

 

Tindakan ini menzahirkan komitmen berterusan Kerajaan Johor dalam memelihara keselamatan rakyat negeri ini walau di mana mereka berada, di samping mendoakan agar konflik ketegangan yang berlaku ini akan segera reda dan keamanan serantau dapat dipulihkan.

 

#JohorSafeZone
#PelajarJohor
#TimurTengah
#Mesir
#Jordan
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor