KERAJAAN JOHOR SERAH 20 AMBULANS, PERKUKUH PERKHIDMATAN KESIHATAN NEGERI

Kerajaan Negeri Johor terus komited memastikan rakyat mendapat akses rawatan pantas dan berkualiti dengan penyerahan 20 unit ambulans jenis B kepada JKNJ. | Foto Jabatan Kesihatan Malaysia Negeri Johor
#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri Johor terus menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan rakyat mendapat akses rawatan kesihatan yang pantas dan berkualiti menerusi penyerahan inisiatif sebanyak 20 unit ambulans jenis B kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ).
YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, memberitahu penyerahan ini merupakan sebahagian daripada 46 unit ambulans baharu yang bakal diterima JKNJ, terdiri daripada sembilan ambulans jenis A dan 37 ambulans jenis B, hasil peruntukan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Inisiatif ini melibatkan penyerahan kepada 20 fasiliti kesihatan yang dikenal pasti sebagai penerima, termasuk hospital dan klinik kesihatan (KK) di kawasan bandar serta luar bandar antaranya Hospital Pasir Gudang, KK Bandar Mas, KK Bukit Waha, KK Bandar Penawar, KK Tenggara, KK Jemaluang serta KK Seri Menanti.
Selain itu, turut menerima manfaat ialah KK Ayer Baloi, KK Penerok, KK Pekan Nenas, KK Serkat, KK Kulai, KK Yong Peng, KK Tenggaroh 2, KK Air Hitam, KK Simpang Renggam, KK Segamat, KK Palong Timur serta KK Bandarputra.
Usaha ini membuktikan keprihatinan dan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam memastikan rakyat mampu menerima akses rawatan kecemasan dan kesihatan yang pantas, menyeluruh serta berkualiti, selain yakin pertambahan aset ini dapat mempercepatkan proses rawatan serta mengurangkan risiko komplikasi kesihatan.
Sistem kesihatan negeri juga terus diperkukuh melalui beberapa inisiatif tambahan yang diumumkan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dengan nilai keseluruhan melebihi RM7 juta merangkumi sokongan pemindahan perkhidmatan Klinik Ibu dan Anak Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Pusat Pembekalan Ubat Susulan Setempat (PPUSS), pembangunan KK Ibu dan Anak di Gelang Patah.
Inisiatif tersebut turut merangkumi penambahan peralatan di HSI, Hospital Pasir Gudang serta Poliklinik Hospital Sultanah Aminah (HSAJB), selain pelaksanaan Program Southern Volunteers (SV) di HSAJB dan Hospital Pasir Gudang.
#JohorSafeZone
#Ambulans
#KesihatanNegeriJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor