KERAJAAN NEGERI BELANJA 3,000 MAHASISWA ANAK JOHOR PULANG KE KAMPUS

YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor hadir menyempurnakan Program Meh Balik Kampus 2026 di TMIYC Iskandar Puteri serta LTAS. | Foto FB YB Aznan Tamin
#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri menyediakan kemudahan perjalanan pulang ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kepada 3,000 mahasiswa anak Johor menerusi inisiatif Meh Balik Kampus 2026.
Melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.4 juta, inisiatif signifikan ini membantu mahasiswa anak Johor kembali ke kampus masing-masing dengan lebih selesa, tersusun dan selamat selepas cuti perayaan Aidilfitri.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam menjaga kebajikan anak Johor tanpa mengira lokasi pengajian selain meringankan beban kos perjalanan yang ditanggung oleh pelajar serta keluarga.
Sebanyak 73 buah bas ekspres disediakan bagi Zon Tengah, Pantai Timur dan Zon Utara dengan pelepasan utama di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Iskandar Puteri yang turut melibatkan pergerakan dari Batu Pahat, Segamat, Muar, Tangkak, Kluang dan Mersing.
Selain itu, lebih 500 mahasiswa yang melanjutkan pengajian di IPT di Sabah dan Sarawak turut diraikan dalam sesi pelepasan khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), Johor Bahru.
Terdahulu, YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor hadir menyempurnakan Program Meh Balik Kampus 2026 di TMIYC Iskandar Puteri serta LTAS, hari ini.
#JohorSafeZone
#OrangMudaJohor
#MehBalikKampus
#MahasiswaAnakJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


