KOMPLEKS ICQ SIAP, PROJEK RTS LINK LANCAR IKUT JADUAL

Struktur Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (ICQ) di Bukit Chagar, Johor Bahru siap sepenuhnya. | Foto MRT Corp

 

#IskandarPuteri – Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Link melakar peristiwa penting apabila komponen projek berimpak tinggi berkenaan melibatkan struktur Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (ICQ) di Bukit Chagar, Johor Bahru siap sepenuhnya.

 

Dengan terlaksananya ‘topping out’ bagi kompleks ICQ, projek menghubungkan Johor Bahru dan Woodlands, Singapura itu kini melangkah ke peringkat seterusnya iaitu pemasangan reka bentuk akhir dan fasad yang akan bermula September ini.

 

Kompleks ICQ merupakan komponen penting bagi RTS Link menempatkan pemeriksaan pelepasan secara bersama antara pihak berkuasa Malaysia dan Singapura untuk kelancaran pergerakan pengembara, yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara.

 

Selain itu, pemasangan trek dan kerja-kerja struktur bagi komponen utama projek RTS Link iaitu Jejambat Marin, Stesen Bukit Chagar dan Depoh Wadi Hana juga selesai dengan kerja-kerja dalaman mengikut jadual untuk siap sepenuhnya Disember 2025.

 

Pemasangan fasad bumbung ikonik Stesen Bukit Chagar juga kini sedang dijalankan di samping penyediaan bekalan kuasa oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) ke Depoh Wadi Hana dua bulan lebih awal daripada jadual, pada Jun lalu.

 

Mengikut syarat perjanjian, perkembangan seterusnya adalah ujian dinamik sistem tren RTS dijadualkan pada Mei 2026 iaitu fasa kritikal yang akan melibatkan pengoperasian di sepanjang jajaran penuh dari Depoh Wadi Hana ke stesen bagi menentusahkan kesediaan operasi.

 

#RTSLink
#TambakJohor
#TheGreaterJB
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor