KONTINJEN JCS SEDIA PERTAHAN KEJUARAAN

YB Dato’ Mohammed Ridha Dato’ Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor pada Majlis Amanat dan Penyerahan Bendera Kontinjen Sukan Pegawai Tadbir Negeri Johor 2026 yang berlangsung di Dewan Kenanga, Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB). | Foto MDJ Nazreen Aimie
#JohorBahru – Kontinjen Pegawai Tadbir Negeri Johor (PTNJ) bersedia menggalas cabaran untuk mempertahankan kejuaraan dalam Kejohanan Sukan Empat Negeri 2026 yang menjadi sebahagian daripada Program Peningkatan Kemajuan Kerjaya Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Tahun 2026.
Program tradisi berprestij tinggi yang menghimpunkan barisan pegawai tadbir dari empat buah negeri di Malaysia ini dijadualkan berlangsung dari 18 hingga 24 Oktober 2026 dan Terengganu secara rasminya menjadi tuan rumah penganjuran bagi edisi ke-17.
Kontinjen PTNJ telah mengesahkan persediaan atlet untuk menggalas cabaran dalam sembilan acara sukan yang bakal dipertandingkan termasuk bola sepak, bola jaring, bola tampar, golf, ping pong, boling padang, sepak takraw, dart dan karom.
Untuk rekod, kontinjen PTNJ telah merangkul gelaran juara keseluruhan sebanyak empat kali iaitu pada tahun 1989, 1991, 2019 dan 2024 termasuk kejayaan mempertahankan kejuaraan dalam dua edisi terakhir.
Terdahulu, YB Dato’ Mohammed Ridha Dato’ Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor hadir menyampaikan amanat serta merasmikan Majlis Amanat dan Penyerahan Bendera Kontinjen Sukan Pegawai Tadbir Negeri Johor 2026 yang berlangsung di Dewan Kenanga, Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).
Hadir sama pada majlis tersebut adalah YB Dato’ Haji Mohd. Noorazam Dato’ Haji Osman, Pegawai Kewangan Negeri Johor; YB Dato’ Sr Haji Mohd Haffiz Ahmad, Datuk Bandar MBJB merangkap Presiden Persatuan PTNJ; Timbalan-Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor dan YB Dato’ Haji Mohammed Shakib Ali, Pengarah Tanah Dan Galian Johor merangkap Naib Presiden Persatuan PTNJ.
#JohorSafeZone
#JohorCivilService
#SukanPegawaiTadbirNegeri
#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


