MAINJ, PUJB DAN QSR BRANDS KUKUH KESIAPSIAGAAN JOHOR HADAPI MTL

YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor merangkap Pengerusi JPBN Johor menerima kunjungan MAINJ, PUJB dan QSR Brands bagi penyerahan sumbangan di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar. | Foto Nurina Aisyah.

 

#IskandarPuteri — Kesiapsiagaan Johor menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) diperkukuh melalui kerjasama strategik antara Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB) dan QSR Brands (M) Sdn. Bhd. (QSR Brands) bagi memastikan persediaan bencana berada pada tahap optimum.

 

 

MAINJ menyalurkan sebanyak RM200,000 kepada Tabung Bencana Negeri Johor bagi penyediaan barangan makanan, peralatan asas dan pelbagai keperluan penting untuk kegunaan mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selain bantuan penghantaran bekalan makanan ketika bencana serta kerja-kerja pembersihan pasca banjir oleh Briged Ansar.

 

 

Sementara itu, PUJB dan QSR Brands masing-masing memperuntukkan RM100,000 merangkumi penyediaan bantuan keperluan asas, makanan serta kit kesihatan kepada mangsa di PPS yang dizahirkan melalui pemeteraian dan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Kerajaan Negeri.

 

 

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (SUKJ) turut menzahirkan komitmen dengan menyediakan ‘pack food’ khas kepada anggota keselamatan yang bertugas sepanjang musim banjir, melibatkan jabatan dan agensi di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor.

 

 

Antara jabatan dan agensi terlibat adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

 

 

Terdahulu, YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor merangkap Pengerusi JPBN Johor menerima kunjungan MAINJ, PUJB dan QSR Brands bagi penyerahan sumbangan di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, hari ini.

 

 

#JohorSafeZone

#TabungBencanaNegeriJohor

#MTL

#JPBNJohor

#BangsaJohor

#MediaDigitalJohor

#SahihTepatPantas

#MajuJohor