MAJLIS PERBANDARAN KLUANG JOHAN KESELURUHAN MAJLIS PENGANUGERAHAN INOVASI JOHOR 2025

YB Dato’ On Jabbar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), selaku wakil rasmi Setiausaha Kerajaan Johor pada Majlis Penganugerahan Inovasi Johor Tahun 2025. | Foto Majlis Perbandaran Kluang

 

#IskandarPuteri – Majlis Perbandaran Kluang (MPK) dinobatkan sebagai johan keseluruhan pada Majlis Penganugerahan Inovasi Johor Tahun 2025 sekali gus mengiktiraf usaha dan komitmen pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut memperkukuh budaya inovasi dan penggunaan teknologi pintar dalam perkhidmatan awam.

 

Majlis anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor dengan kerjasama strategik Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Selatan ini bertujuan mengiktiraf kecemerlangan peserta Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) serta Pertandingan Inovasi Kecerdasan Buatan (AI) Peringkat Negeri Johor 2025.

 

Daripada penyertaan 13 kumpulan KIK dan 15 kumpulan inovasi AI, projek ‘AI Smart Checker A-Plas’ oleh Jabatan Kawalan Bangunan (JKB) MPK muncul sebagai tumpuan utama apabila berjaya meraih penarafan 5 Bintang, sekali gus membawa pulang hadiah keseluruhan berjumlah RM10,000.

 

Projek inovasi tersebut mencerminkan komitmen MPK dalam mendepani transformasi digital, memperkukuh pelaksanaan teknologi AI dalam proses pemeriksaan bangunan, di samping menyokong aspirasi Bandar Pintar Kluang Sejahtera, Bandar Berdaya Huni.

 

Terdahulu, YB Dato’ On Jabbar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), selaku wakil rasmi Setiausaha Kerajaan Johor menyempurnakan Majlis Penganugerahan Inovasi Johor Tahun 2025 yang berlangsung di Holiday Villa Johor Bahru, pada Khamis lalu.

 

#JohorSafeZone
#AnugerahInovasiJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor