PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR TERUSKAN AKTIVITI ZIARAH RAMADAN


Setiausaha Kerajaan Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani mengunjungi kediaman bekas kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor sempena program Ziarah Ramadan Tahun 2023.

 

Kelab Kebajikan dan Rekreasi Bahagian Pengurusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor meneruskan aktiviti mengimarahkan bulan Ramadan dengan meringankan beban dihadapi kakitangan memerlukan sempena Program Ziarah Ramadan Tahun 2023.

 

Lebih istimewa, program yang memasuki hari kedua turut diserikan dengan kehadiran Setiausaha Kerajaan Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani.

 

Aktiviti bermula dengan bacaan tahlil ringkas yang disempurnakan untuk bekas pemandu Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Allahyarham Syed Amirudin Syed Mahmood di kediaman Allahyarham di Taman Puteri Wangsa, dekat Ulu Tiram.

 

Bacaan tahlil ringkas yang disempurnakan untuk bekas pemandu Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Allahyarham Syed Amirudin Syed Mahmood.

 

Selain itu, YB Tan Sri Dato’ Dr. Azmi telah menyampaikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham sebagai tanda ingatan dalam ziarah yang bertujuan mengeratkan lagi tali persaudaraan silaturrahim di kalangan warga Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor.

 

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan), YB Dato’ Mohd Noh Ibrahim serta Setiausaha Bahagian, Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor selaku Kelab Kebajikan dan Rekreasi Bahagian Pengurusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Encik Fairuzahri Jalaluddin.

 

Setiausaha Kerajaan Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani menyampaikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham.

 

Program Ziarah Ramadan Tahun 2023 yang merupakan cetusan idea dan inisitaif YB Tan Sri Dato’ Dr. Azmi itu, turut disertai oleh pegawai-pegawai dan kakitangan Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor