Tag Archive for: Government of Johor

MDKT RAIH ANUGERAH SEMPENA ASEAN TOURISM FORUM 2023

  ISKANDAR PUTERI — Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) menerima pengiktirafan sempena ASEAN Tourism Forum 2023 di Yogyakarta, Indonesia pada 2 hingga 5 Februari lalu.   MDKT diwakili oleh Yang Dipertuanya, Mohd Fahmy Yahya telah menerima anugerah bagi kategori ASEAN Public Toilet Standard (2023-2024) bagi Pantai Awam Teluk Mahkota, Tanjung Sedili.   Anugerah tersebut disampaikan […]

KERAJAAN JOHOR KOMITED SEDIA PRASARANA PELABURAN KONDUSIF

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor terus komited menyediakan prasarana pelaburan yang kondusif kepada pelabur untuk terus berkembang di negeri ini.   Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi setelah melawat fasiliti Pusat Kecemerlangan Biocon Sdn. Bhd. (Biocon) di Iskandar Puteri, di sini, baru-baru ini.   “Saya difahamkan Biocon merupakan antara […]

TEMPAT LETAK KERETA TAMBAHAN HSI DIBUKA HARI INI : MB

  ISKANDAR PUTERI — Tempat meletak kereta tambahan di Hospital Sultan Ismail (HSI) dibuka hari ini, untuk kegunaan pelawat.   Perkara itu dikongsi dan dimaklumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi Facebook rasminya.   “Semoga tambahan ini dapat mengurangkan keadaan kesesakan kenderaan di HSI, yang sering menjadi rungutan selama ini,” katanya.   […]

MENTERI BESAR JOHOR TURUN PADANG BERSIHKAN MASAI

  ISKANDAR PUTERI — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini, turun padang melaksanakan aktiviti pembersihan sekitar kawasan Masai, dekat Pasir Gudang.   Turut bersama beliau, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor serta Datuk Bandar Pasir Gudang, Dato’ Asman Shah Abd Rahman.   Aktiviti pembersihan yang […]

PERCEPATKAN PEMBAIKAN JALAN DI LOKASI HOTSPOT: MENTERI BESAR JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Syarikat konsesi telah diarahkan untuk mempercepatkan pembaikan jalan di beberapa ‘hotspot’ termasuk di Lebuh Raya Pasir Gudang serta Jalan Persekutuan antara Mersing dan Kota Tinggi.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, langkah itu bagi memastikan jalan raya yang lebih selesa buat pengguna.   Menurutnya, kerajaan negeri juga memandang […]

JOHOR BERAZAM TINGKAT PERANAN SEBAGAI PEMACU EKONOMI

  ISKANDAR PUTERI – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi semalam, mengiringi Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan rasmi ke Singapura.   Lawatan tersebut bertujuan bagi meningkatkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara.   Onn Hafiz berkata, melalui lawatan sehari itu, kepimpinan dari Malaysia dan Singapura turut berbincang serta bersepakat dalam […]

SOUTHERN VOLUNTEERS PENGGERAK KHIDMAT KESUKARELAWANAN

  Berikut adalah intipati Sesi Temubual Khas MDJ Bersama Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), YB Dato’ Haji On bin Jabbar.   SOALAN: Boleh Dato’ kongsikan kepada kami mengenai penubuhan Southern Volunteers dan apakah matlamat serta peranan sebenar? JAWAPAN: Penubuhan Southern Volunteers asalnya adalah Sukarelawan Darul Ta’zim (SDT) dan telah melalui penjenamaan kepada […]

KERAJAAN NEGERI KOMITED JADIKAN SEKOLAH MEDAN SEMAI PERPADUAN

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor komited menjadikan sekolah sebagai medan untuk menyemai semangat perpaduan dan menolak sebarang program atau aktiviti yang boleh membawa kepada diskriminasi kaum dan agama.   Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh berkata, identiti Bangsa Johor itu sendiri cukup sinonim sebagai pemangkin semangat untuk membentuk keharmonian, persefahaman […]

MENTERI BESAR JOHOR BERTEMU PEMIMPIN PELAJAR

  ISKANDAR PUTERI — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengadakan pertemuan dan makan malam bersama delegasi pemimpin pelajar dari Johor Student Leaders Council (JSLC) diketuai Presidennya, Muhammad Haziq Sahari.   Menurut beliau, JSLC berperanan mengenalpasti bakat-bakat muda Johor dalam pelbagai bidang serta melahirkan bakal pemimpin seawal usia 15 tahun.   “Selari dengan Teras […]

EXCO KERAJAAN JOHOR SANTUNI MANGSA BANJIR DI BUKIT KEPONG

  ISKANDAR PUTERI — Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK FELDA Maokil 2 di Bukit Kepong, Muar.   Lawatan tersebut dilakukan selepas beliau selesai menghadiri mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Johor, hari ini.   Turut hadir dalam […]