SITUASI BANJIR JOHOR KIAN PULIH, JUMLAH MANGSA TERUS MENURUN
ISKANDAR PUTERI — Situasi banjir di negeri ini, menunjukkan keadaan semakin pulih apabila jumlah mangsa terkini menurun kepada 2,446 orang terdiri 669 keluarga setakat jam 12 tengah hari ini. Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani berkata, kesemua mangsa banjir ditempatkan di 28 pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi. […]