MANGSA BANJIR JOHOR MENCECAH 5,000 ORANG


Jumlah mangsa banjir di Negeri Johor terus meningkat kepada lebih 5,000 orang di tujuh daerah yang terjejas | Sumber gambar APM Batu Pahat.

 

ISKANDAR PUTERI — Mangsa banjir di Negeri Johor terus meningkat kepada lebih 5,000 orang di tujuh daerah yang terjejas.

 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor dalam laporan jam 8 pagi memaklumkan sebanyak 1,508 keluarga terdiri 5,455 terjejas dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

 

Sehingga kini, terdapat 55 PPS dibuka bagi menempatkan mangsa dari Kota Tinggi, Kluang, Segamat, Mersing, Batu Pahat, Muar dan Pontian.

 

Segamat menjadi daerah yang terjejas paling teruk dengan 504 keluarga terdiri 1,801 penduduk telah dipindahkan dan ditempatkan di 21 PPS yang dibuka.

 

Ia disusuli dengan daerah Kluang yang menyaksikan 12 PPS dibuka bagi menempatkan 353 keluarga terdiri 1,256 penduduk yang terjejas.

 

Kota Tinggi dan Mersing masing-masing terdapat tujuh PPS dibuka yang menjadi tempat penempatan mangsa banjir di kedua-dua daerah, diikuti Batu Pahat dengan empat PPS, Muar (tiga) dan Pontian (satu).

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor