SASAR BINA 500 RUMAH KASIH JOHOR DALAM 5 TAHUN
JOHOR BAHRU — Kerajaan Johor menyasarkan pembinaan 500 unit Rumah Kasih Johor (RKJ) untuk golongan miskin tegar di negeri ini, dalam tempoh lima tahun. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor berkata, bermula September ini, sebanyak 50 buah unit RKJ bakal dibina dengan peruntukan sebanyak RM6.5 juta. […]
