TRANSFORMASI EKONOMI JOHOR SEMAKIN MATANG DAN BERDAYA SAING

Momentum pertumbuhan ini juga turut dipacu oleh pelaksanaan inisiatif strategik termasuk pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) yang membuka ruang kerjasama ekonomi lebih luas antara Johor dan republik berkenaan, jelas YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor. | Foto Arkib MDJ

 

#IskandarPuteri – Pencapaian pelaburan diluluskan bernilai RM110 bilion pada tahun 2025 bukan sekadar menjadi rekod baharu, sebaliknya ia mencerminkan transformasi struktur ekonomi Johor yang semakin matang dan berdaya saing di peringkat serantau.

 

Momentum pertumbuhan ini juga turut dipacu oleh pelaksanaan inisiatif strategik termasuk pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) yang membuka ruang kerjasama ekonomi lebih luas antara Johor dan republik berkenaan, jelas YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor.

 

Kedudukan geografi Johor yang strategik berhampiran salah satu ekonomi paling maju dan dinamik di Asia turut memberi kelebihan besar kepada negeri ini untuk menarik lebih banyak pelaburan bernilai tinggi dalam pelbagai sektor masa hadapan.

 

Perkembangan ini sekali gus memperkukuh kedudukan negeri ini sebagai hab pelaburan utama negara, selain menjadi pemangkin kepada pewujudan lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti untuk Bangsa Johor.

 

Pada masa sama, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan akan terus memperkukuh pembangunan infrastruktur strategik yang merangkumi rangkaian pengangkutan, logistik serta kemudahan awam bagi memastikan pertumbuhan ekonomi Johor terus disokong oleh ekosistem pembangunan yang cekap dan berdaya saing.

 

Komitmen ini mencerminkan kesungguhan Johor untuk memastikan setiap pelaburan yang dibawa masuk ini mampu memberi manfaat sebenar kepada rakyat melalui peningkatan pendapatan dan kesejahteraan hidup.

 

#JohorSafeZone
#WTN
#JohorHomeOfChampions
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor