TURUN PADANG BUKTI ILTIZAM MERAKYATKAN PERKHIDMATAN AWAM

Lawatan kerja Setiausaha Kerajaan Negeri Johor ke daerah-daerah menjadi wadah mendengar suara rakyat secara langsung dan merangka penyelesaian yang lebih holistik. | Foto MDJ Wira Anggara
#Muar – Kunjungan YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor ke seluruh daerah menjadi platform penting menterjemah komitmen merakyatkan perkhidmatan awam dengan mendengar suara hati rakyat dan menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan secara berkesan.
Langkah diambil Setiausaha Kerajaan Negeri Johor untuk turun padang ke daerah bagi mendengar dan merasai denyut nadi rakyat mendapat pujian Afezan Yahya, Penghulu Mukim Parit Jawa, Muar, kerana mampu menyelesaikan masalah dihadapi rakyat secara lebih dekat dan responsif.
Pendekatan tersebut bukan sahaja dapat memperkukuh hubungan kepimpinan negeri bersama rakyat di daerah, malah memberikan keyakinan bahawa setiap isu dan cabaran setempat sentiasa diberikan perhatian serius untuk ditangani dengan tuntas dan segera demi kesejahteraan Bangsa Johor.
Bagi, Siti Raudhah Husin, pengusaha jus kedondong asam boi di Parit Jawa, Muar pula menyifatkan kunjungan delegasi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor membawa makna tersendiri apabila berpeluang untuk bertemu secara terus dengan agensi Kerajaan Negeri iaitu Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB).
Agensi yang berperanan mempromosi produk dan menyokong pembangunan usahawan itu memberi komitmen untuk menyokong perniagaan yang diusahakan olehnya termasuk menyediakan insentif berupa mesin memproses buah kedondong dengan lebih pantas serta efisien.
Secara keseluruhan, Lawatan Kerja Setiausaha Kerajaan Negeri Johor ke Daerah-Daerah bukan sekadar kunjungan daripada pentadbiran negeri, sebaliknya menjadi platform berkesan mendengar suara rakyat secara langsung seterusnya menyelami realiti kehidupan masyarakat dan merangka penyelesaian holistik.
#JohorSafeZone
#LawatanKerjaSUKJ
#TadbirUrusKerajaan
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor