DARIPADA TINJAUAN KEPADA TINDAKAN, KERAJAAN JOHOR PRIHATIN KEPERLUAN RAKYAT

YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, mengadakan lawatan ke Hospital Kota Tinggi pada 4 Ogos lalu bagi meninjau keadaan kemudahan hospital yang uzur, termasuk kerusi di ruang menunggu pesakit. | Foto FB AH SOON
#KotaTinggi – Kerajaan Johor terus memberi perhatian terhadap keperluan rakyat menerusi usaha menambah baik kemudahan kesihatan awam bagi memastikan pesakit serta ahli keluarga mendapat persekitaran yang lebih selesa ketika mendapatkan rawatan.
Usaha itu disemarakkan menerusi penyerahan 20 unit kerusi menunggu tiga tempat duduk untuk Klinik Kesihatan Kota Tinggi serta 20 unit kerusi peneman pesakit kepada Hospital Kota Tinggi bagi meningkatkan keselesaan pesakit dan ahli keluarga yang mendapatkan perkhidmatan kesihatan.
Inisiatif berkenaan adalah hasil susulan lawatan YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor ke Hospital Kota Tinggi pada 4 Ogos lalu, bagi melihat beberapa kemudahan di hospital berkenaan yang berada dalam keadaan uzur, termasuk kerusi yang digunakan oleh pesakit dan ahli keluarga ketika menunggu rawatan.
Susulan pemerhatian tersebut, beliau mengambil inisiatif mengusahakan penggantian kemudahan berkenaan dengan kerjasama pelbagai pihak, sekali gus mencerminkan usaha berterusan dalam menangani keperluan rakyat melalui tindakan yang bersesuaian.
Kerajaan Negeri akan terus memberi perhatian kepada keperluan rakyat dalam usaha memastikan kemudahan awam memenuhi keperluan masyarakat, sekali gus menyokong kesejahteraan Bangsa Johor secara menyeluruh.
#KlinikKesihatan
#HospitalKotaTinggi
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


