2,000 MAHASISWA ANAK JOHOR KE STADIUM SEHATI SEJIWA

Mahasiswa Anak Johor yang membanjiri perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberi sokongan kepada Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam. | Foto Aznan Tamin
#IskandarPuteri – Seramai 2,000 Mahasiswa Anak Johor turut sama membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil semalam, untuk bersama memberikan sokongan padu kepada Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Sri Pahang FC.
Lebih manis, kehadiran dan sorakan padu mereka bersama penyokong tegar lain telah menyuntik semangat skuad Harimau Selatan hingga berjaya ‘comeback’ menewaskan skuad Tok Gajah 2-1 dan mempertahankan kejuaraan seterusnya menambah seri malam penuh bersejarah buat Bangsa Johor.
Kehadiran penuntut dari pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT) itu juga menjadi lambang kesatuan, semangat cinta kepada negeri dan jati diri Bangsa Johor yang terus disemarakkan oleh generasi muda bukan sahaja dalam bidang pendidikan tetapi diserlahkan di pentas arena sukan.
Terdahulu, YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor menyantuni Mahasiswa Anak Johor di Stadium Nasional Bukit Jalil serta menyaksikan sendiri wajah-wajah penuh bersemangat dan bangga dalam kalangan Orang Muda Johor.
Dengan kejayaan diraih oleh JDT merangkul trofi berprestij semalam, tahniah sekali lagi diucapkan kepada skuad Harimau Selatan kerana telah meletakkan status pasukan sebagai kelab bola sepak terunggul, disegani dan terus menjadi kebanggaan seluruh Bangsa Johor.
#JDTvSRP
#UnifiPialaMalaysia
#TheTMJEffect
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor