DASAR PRIVASI DAN KESELAMATAN

Kami mengumpul semua maklumat yang didaftarkan melalui portal Media Digital Johor.

  1. Untuk memproses transaksi
    Maklumat anda, sama ada maklumat peribadi atau awam tidak akan dijual, ditukar, dipindahkan, atau diberikan kepada mana-mana syarikat lain dengan sebarang sebab, tanpa kebenaran anda, selain daripada untuk tujuan yang nyata dalam menyampaikan produk yang dibeli atau perkhidmatan yang diminta.
  2. Untuk meningkatkan perkhidmatan pelanggan
    Maklumat anda membantu kami untuk bertindak balas terhadap permintaan perkhidmatan pelanggan dan menyokong keperluan anda dengan lebih berkesan.

Kami melaksanakan pelbagai langkah-langkah keselamatan untuk menjaga keselamatan maklumat peribadi anda apabila anda membuat pesanan atau masuk, hantar, atau mengakses maklumat peribadi anda.

Kami menawarkan penggunaan komputer pelayan yang selamat. Semua maklumat sensitif yang dibekalkan, dihantar melalui teknologi Secure Socket Layer (SSL) dan kemudian disulitkan kedalam pangkalan data pembekal gerbang pembayaran kami, dimana hanya boleh dicapai oleh orang-orang yang diberikan kuasa dengan hak capaian khas untuk sistem-sistem tersebut, serta perlu menyimpan maklumat sulit tersebut.

Selepas tamat transaksi, maklumat peribadi anda (kad kredit, nombor keselamatan sosial, kewangan, dll) tidak akan disimpan pada Komputer pelayan kami.

Media Digital Johor menggunakan teknologi terkini termasuk penyulitan perisian untuk melindungi maklumat anda atau mana-mana data yang anda berikan dalam portal kami bagi mengekalkan standard keselamatan untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Kami tidak menjual, memperdagangkan, ataupun memindahkan maklumat peribadi anda kepada pihak luar. Ini tidak termasuk pihak ketiga (jika ada) yang membantu kami dalam mengendalikan portal kami, menjalankan perniagaan atau perkhidmatan kepada anda, selagi pihak-pihak tersebut bersetuju untuk menyimpan maklumat tersebut secara sulit. Kami juga boleh mengeluarkan maklumat anda apabila kami percaya pengeluaran data tersebut sesuai dan mematuhi undang-undang, bagi tujuan penguatkuasaan dasar portal kami, atau melindungi hak, harta, atau keselamatan orang lain atau kami. Walaubagaimanapun, maklumat pengunjung yang bersifat tidak peribadi akan disediakan kepada pihak-pihak lain untuk pemasaran, pengiklanan, atau kegunaan lain.

Adakalanya dan diatas sebab-sebab tertentu kami mungkin meletakkan atau menawarkan produk-produk pihak ketiga atau perkhidmatan lain di portal dan aplikasi mudah alih. Pautan pihak ketiga ini mempunyai dasar privasi yang berasingan dan bebas. Oleh itu, kami tidak mempunyai sebarang tanggungjawab atau liabiliti untuk kandungan dan aktiviti laman-laman yang dipautkan. Namun begitu, kami berusaha untuk melindungi integriti platform kami dan mengalu-alukan sebarang maklumbalas mengenai platform Media Digital Johor.

Untuk melindungi data peribadi anda, semua storan elektronik dan penghantaran maklumat akaun pengguna disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang terkini.

Dasar Privasi dalam talian ini digunakan hanya kepada maklumat yang dikumpulkan melalui portal dan aplikasi mudah alih kami dan tidak kepada maklumat yang dikumpul di luar talian.

Sila layari bahagian terma dan syarat kami, penafian dan had liabiliti yang berkaitan dengan penggunaan platform Media Digital Johor.

Dengan menggunakan portal Media Digital Johor kami, anda bersetuju dengan dasar privasi platform Media Digital Johor kami.

Media Digital Johor mempunyai hak untuk mengubah polisi privasi kami, kami akan menyiarkan perubahan tersebut pada laman ini.

Skip to content