220 PUSAT SEMBELIHAN SEMENTARA DILULUSKAN SEMPENA AIDILADHA DI JOHOR

220 Pusat Kebenaran Sembelihan Sementara (PKSS) di seluruh negeri diluluskan bagi memudahkan pelaksanaan ibadah korban sempena Aidiladha tahun ini. | Foto Zahari Sarip
#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor meluluskan 220 Pusat Kebenaran Sembelihan Sementara (PKSS) di seluruh negeri bagi memudahkan pelaksanaan ibadah korban sempena Aidiladha pada tahun ini.
Jumlah tersebut mencatatkan peningkatan berbanding 204 PKSS dibuka pada tahun lalu yang mencerminkan komitmen menyediakan kemudahan kondusif dan selamat kepada umat Islam melaksanakan ibadah korban, jelas YB Dato’ Zahari Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor.
Selain itu, terdapat 21 rumah sembelihan berdaftar yang sedia digunakan untuk aktiviti penyembelihan dan pemprosesan ternakan korban pada tahun ini, bagi memastikan proses dapat dilaksanakan dengan teratur dan mengikut piawaian digariskan.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor menyarankan semua pihak yang menerima kelulusan PKSS dan rumah sembelihan untuk menjalankan ibadah korban dengan penuh tertib serta mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Di samping itu, pihak jabatan juga akan terus memantau perjalanan program korban dari semasa ke semasa bagi memastikan tiga aspek utama dipatuhi iaitu kebajikan haiwan, keselamatan makanan dan kawalan pencemaran.
#Aidiladha
#RayaKorban
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor