24 JAM SPA-FRANCORCHAMPS BAKAL UJI TUNKU PANGLIMA JOHOR DAN TUNKU PUTERA JOHOR

YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor akan menggalas cabaran di perlumbaan 24 Jam Spa-Francorchamps di Belgium. | Foto JOHOR Racing
#IskandarPuteri – YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor akan menggalas cabaran di perlumbaan 24 Jam Spa-Francorchamps di Belgium.
Mewakili Johor Motorsports Racing (JMR) sebagai pasukan tunggal dari Malaysia, paduka anakanda KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bakal diuji dalam salah satu perlumbaan GT3 terbesar musim ini.
Menggunakan jentera Chevrolet Corvette Z06 GT3.R, Tunku Panglima Johor dan Tunku Putera Johor bersama pasukan JMR berentap dengan 75 jentera lain dari seluruh dunia untuk perlumbaan berprestij yang berlangsung pada 28 hingga 29 Jun ini.
Bagi YAM Tunku Abdul Rahman, perjalanan pasukan JMR disifatkan masih jauh, namun mahu menjadi antara yang terbaik selain bersyukur dengan perkembangan positif setakat ini dan mengutamakan untuk berlumba hingga penamat.
Manakala YAM Tunku Abu Bakar pula melihat penyertaan kali ini membuka peluang pasukan JMR terus menggilap bakat permotoran tempatan tanah air di samping berhasrat membawa rakyat Malaysia mencapai kejayaan bersama.
Peminat sukan permotoran tanah air khususnya GT3 boleh menyaksikan siaran langsung perlumbaan CrowdStrike 24 Hours of Spa di pautan https://www.youtube.com/live/ohBUUFVWqoU?si=Bj49e4KH6e-5CgIb
#JohorMotorsportsRacing
#24HoursOfSpa
#Endurance
#GT3
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor