3 SEKOLAH DITUTUP, KESELAMATAN MURID JADI KEUTAMAAN


Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor melalui Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) bagi membendung isu pencemaran bau di Sungai Pandan. | Foto MDJ Bayu Wira

 

Tiga sekolah di sekitar kawasan Kampung Maju Jaya melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya dan dua sekolah swasta Sekolah Rendah Islam Hidayah dan Sekolah Menengah Islam Hidayah melaksanakan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) susulan pencemaran bau yang berlaku.

 

Langkah berkenaan diambil berdasarkan penilaian tahap pencemaran mencerminkan keselamatan dan kesihatan murid terus menjadi keutamaan Kerajaan Johor dengan tempoh pelaksanaan PdPR itu akan bergantung kepada situasi dan laporan semasa.

 

Penutupan tersebut melibatkan seramai 974 murid dan 64 guru SK Kampung Maju Jaya, 1,232 murid serta 92 guru di Sekolah Rendah Islam Hidayah manakala Sekolah Menengah Islam Hidayah mempunyai 807 pelajar dan 75 guru.

 

Semalam, Kerajaan Johor telah mengarahkan supaya satu jawatankuasa khas segera ditubuhkan bagi menangani isu pencemaran tersebut seterusnya membolehkan tindakan tegas dapat diambil terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab.

 

Siasatan terperinci juga telah dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri ini bagi mengenal pasti punca dan membendung pencemaran yang berlaku sejak 3 September lalu.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor