767 PERMOHONAN BAIK PULIH RUMAH RAKYAT JOHOR DILULUSKAN

YB Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor mempengerusikan Mesyuarat Program Baik Pulih Rumah Daif Negeri Johor baru-baru ini. | Foto FB Mohd Jafni Md Shukor
#IskandarPuteri – Sebanyak 767 permohonan bagi Program Baik Pulih Rumah Daif Negeri Johor diluluskan oleh Kerajaan Johor untuk tahun 2026 dengan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM15.3 juta, sekali gus dapat memastikan agenda kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.
Peningkatan jumlah kelulusan itu mencerminkan usaha berterusan Kerajaan Negeri dalam membantu rakyat yang tinggal di kediaman uzur, tidak selamat atau tidak sempurna agar dapat menikmati tempat tinggal yang lebih selesa dan berkualiti.
Program tersebut yang diselaraskan menerusi Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) dengan kerjasama Pejabat-Pejabat Daerah di seluruh negeri ini yang akan bertindak sebagai urus setia dalam menilai permohonan serta memantau pelaksanaan kerja-kerja baik pulih kediaman berkenaan.
Secara keseluruhan, sebanyak 772 permohonan telah diterima bagi tahun 2026 dengan sebahagian besar daripadanya telah diluluskan bagi membolehkan kerja-kerja membaik pulih ini dapat dilaksanakan di seluruh negeri ini.
Selain itu, sebanyak 97 permohonan telah diluluskan melibatkan peruntukan lebih RM1.5 juta pada tahun 2025 bagi melaksanakan kerja-kerja baik pulih rumah rakyat di seluruh Johor yang disalurkan melalui Pejabat Daerah bagi memastikan inisiatif bantuan terbabit sampai terus kepada golongan sasaran.
Terdahulu, YB Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor mempengerusikan Mesyuarat Program Baik Pulih Rumah Daif Negeri Johor bagi meneliti status pelaksanaan serta permohonan baharu di bawah inisiatif berkenaan.
#JohorSafeZone
#ProgramBaikPulihRumahDaif
#PKPJ
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



