TAKLIMAT LAPORAN RCI BATU PUTEH, BATUAN TENGAH DAN TUBIR SELATAN
Telah berlangsungnya Sesi Taklimat Bagi Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan yang dipengerusikan oleh YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, selaku wakil rasmi YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor.
Sesi taklimat khusus anjuran Kerajaan Negeri berlangsung selama dua jam itu turut disertai barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor, Ahli Dewan Negeri Johor, Pegawai Tadbir Negeri Johor serta wakil daripada Jabatan dan Agensi di peringkat negeri dan Persekutuan.
Taklimat disampaikan oleh YBhg. Datuk Zamri Misman, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri itu bertujuan mewujudkan kesedaran lebih meluas kepentingan kes berkenaan dan implikasi terhadap kedaulatan negara khususnya Negeri Johor.
Pada taklimat yang sama, semua hadirin juga turut diberi peluang untuk mengajukan soalan berkaitan kes terbabit yang sememangnya berkait rapat dengan kepentingan Negeri Johor itu sendiri, sekali gus dapat memahami lebih lanjut tentang isi kandungan RCI berkenaan.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor