PASTIKAN PENDIDIKAN UNTUK SEMUA


Murid Tahun Satu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Taman Tun Aminah, Johor Bahru menerima kit persekolahan daripada Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Sultanah Rogayah. | Foto MDJ Aisyah Mazalan

 

#JohorBahru – Seramai 2,013 murid Tahun Satu dari 71 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh Negeri Johor bakal menerima sumbangan peralatan sekolah bagi program pengagihan Bantuan Awal Persekolahan ‘Back To School’ SJKT.

 

Ia sekali gus mencerminkan komitmen Kerajaan Johor dalam memastikan semua murid di negeri ini menerima akses pendidikan yang saksama tanpa mengira latar belakang mereka.

 

Justeru, program ini dimulakan di SJKT Taman Tun Aminah, Johor Bahru yang menyaksikan seramai dengan 222 murid Tahun Satu sekolah berkenaan menerima kit persekolahan masing-masing. Inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Sultanah Rogayah ini akan diteruskan ke sekolah-sekolah lain yang telah disenaraikan bagi memastikan tiada siapa yang tercicir daripada mendapat akses pendidikan.

 

Selain bantuan ‘Back To School’, Kerajaan Johor turut memperuntukkan sebanyak RM2.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Murid Johor 2025 yang merupakan antara inisiatif disediakan oleh Kerajaan Johor untuk memastikan setiap pelajar mendapat kelengkapan sekolah tanpa membebankan keluarga, khususnya golongan berpendapatan rendah.

 

Menerusi program tersebut, Kerajaan Johor terus berazam bagi memastikan tiada pelajar tercicir dan mendapat peluang pendidikan yang sama rata, malahan inisiatif ini bukan sekadar bantuan, tetapi sokongan untuk membina keyakinan dan motivasi anak-anak pelajar untuk hadir ke sekolah.

 

Hadir sama ke program berkenaan ialah YB Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor; YB K. Raven Kumar, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya Negeri Johor; YB Dato’ R. Sugumaran, Pengerusi Yayasan Sultanah Rogayah dan P. Siva Subramaniam, Guru Besar SJKT Taman Tun Aminah.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor