F.A.Q
Apakah matlamat platform Media Digital Johor?
Media Digital Johor (MDJ) adalah platform setempat kerajaan negeri Johor untuk menyampaikan maklumat yang sahih, tepat dan pantas.
Apakah peranan platform ini?
MDJ memainkan peranan sebagai sumber informasi utama terhadap dasar dan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan negeri bagi memastikan ketelusan dalam penyebaran maklumat kepada seluruh rakyat negeri Johor.
Adakah MDJ akan menjadi sumber informasi utama?
Ya, MDJ akan menjadi sumber informasi utama terhadap tadbir urus kerajaan negeri, maklumat am tentang agensi-agensi berkait, hebahan tentang aktiviti, program dan inisiatif rakyat dan portal rujukan berita terkini.
Apakah manfaat MDJ terhadap rakyat Johor?
MDJ dapat membantu kerajaan negeri Johor dalam memahami isu-isu semasa dan krisis yang melanda kehidupan rakyat terutamanya bagi sektor sosial, pembangunan tempatan, pekerjaan, ekonomi, pendidikan dan kesihatan.
Apakah usaha kerajaan dalam menangani pelbagai isu keselamatan siber?
Kerajaan akan memantau dan memastikan ketelusan dalam hebahan maklumat serta mengekang penularan maklumat palsu terutamanya berkaitan kepenggunaan dan bencana. Memastikan rakyat negeri Johor dilindungi jadi ancaman media digital seperti buli siber, penipuan dalam talian, pencuri identiti dan lain-lain.