JOHOR SUIT WALK HIMPUN 200 PESERTA BERJALAN PENUH GAYA

Yang Mulia Tunku Ahmad Ismail Ibni Tunku A. Jalil, Pengarah Bespoke Clothing by OZZ membuat penampilan istimewa menyertai perarakan dengan memperagakan sut rekaan khas sebagai tanda sokongan terhadap penggiat industri fesyen tempatan dan antarabangsa. | Foto MDJ Aisyah Mazalan
#JohorBahru – Pusat bandar raya Johor Bahru dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 200 peserta lengkap berpakaian sut melangkah bergaya dari Hotel Amari ke Jalan Segget untuk memperagakan fesyen koleksi peribadi sempena Johor Suit Walk 2025.
Acara fesyen ini menjadi platform bagi pereka fesyen tempatan dan antarabangsa menonjolkan kreativiti dan kemahiran dalam menghasilkan pelbagai rekaan dan warna sut, secara tidak langsung mempromosikan keunikan fesyen tempahan khas kepada umum.
Selain itu, acara ini menjadi medan jalinan kerjasama dalam usaha mengangkat industri jahitan tempatan ke tahap lebih tinggi dan berpotensi untuk mengisi kalendar pelancongan negeri menjelang Tahun Melawat Johor 2026.
Penganjuran Johor Suit Walk 2025 sempena Kongres The Federation of Tailors Guilds Malaysia (FTGM) ke-17 menampilkan kemunculan Bespoke Clothing by OZZ yang memperagakan koleksi ekslusif rekaan profesional berasaskan teknik jahitan penuh kanvas.
Terdahulu, Yang Mulia Tunku Ahmad Ismail Ibni Tunku A. Jalil, Pengarah Bespoke Clothing by OZZ membuat penampilan istimewa menyertai perarakan dengan memperagakan sut rekaan khas sebagai tanda sokongan terhadap penggiat industri fesyen tempatan dan antarabangsa.
#JohorSuitWalk2025
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor