BOLA SEPAK MALAYSIA PERLUKAN PEMANGKU SULTAN JOHOR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor. | Foto MDJ Aisyah Mazalan
#IskandarPuteri – Tindakan beberapa pihak berkaitan Liga Malaysia melakukan tohmahan dan mahu memboikot kejohanan selain menjadikan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor sebagai sasaran kritikan dengan kenyataan provokasi kebelakangan ini adalah mendukacitakan.
Bukan sahaja tidak adil, tindakan tersebut boleh menggugat usaha membina ekosistem profesional dan mampan memandangkan Baginda merupakan individu paling berpengaruh serta progresif dalam sejarah bola sepak negara, jelas YB Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor.
Pemangku Sultan Johor selaku ‘arkitek’ revolusi bola sepak Malaysia telah memperkenalkan struktur pengurusan profesional, sistem pembangunan akar umbi, kemudahan bertaraf dunia dan budaya prestasi tinggi melalui perancangan teliti, usaha gigih serta pelaburan peribadi dalam Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).
Pelbagai kejayaan dikecapi sejak Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail mengemudi JDT antaranya menjadi satu-satunya kelab Malaysia memenangi Piala AFC pada tahun 2015, kelab pertama memiliki stadium sendiri bertaraf antarabangsa, melahirkan ramai pemain kebangsaan dan model pembangunan bakat yang berjaya menerusi sistem ‘feeder’.
Tindakan mempolitikkan usaha dilakukan Baginda hanya akan merugikan pembangunan sukan bola sepak negara kerana seorang figura atau pemimpin yang berani, berwawasan dan konsisten diperlukan dalam dunia sukan moden sekali gus Pemangku Sultan Johor merupakan contoh terbaik.
Daripada saling menuding jari atau melakukan boikot yang akhirnya menghancurkan impian pemain dan peminat, semua pihak termasuk persatuan negeri dan kelab diseru untuk kembali kepada asas dengan membina semula bola sepak negara secara bersama serta bersatu di bawah semangat kesukanan dan profesionalisme.
#TMJEffect
#WTN
#JDT
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor