HAK DAN KESELAMATAN WANITA KEUTAMAAN KERAJAAN JOHOR

YB Puan Khairin-Nisa Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor menjawab mengenai usaha Kerajaan Negeri terhadap isu gangguan seksual dan keganasan rumah tangga pada Mesyuarat Pertama (Pembukaan Rasmi) Bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Ke-15. | Foto Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor

 

#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri terus memperkukuh usaha melindungi wanita daripada keganasan rumah tangga dan gangguan seksual melalui pelbagai inisiatif bersepadu termasuk penghasilan Video Advokasi Antigangguan Seksual (AAGS) serta Keganasan Rumah Tangga, kempen kesedaran dan pembangunan hebahan bersasar.

 

Sebanyak RM50,000 diperuntukkan bagi tujuan berkenaan melibatkan penghasilan video advokasi, grafik dan poster yang akan disebarluaskan menerusi pelbagai saluran seperti media sosial, papan iklan digital di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), serta tayangan di bas awam kendalian Syarikat Handal Indah Sdn. Bhd. (Causeway Link) di negeri ini.

 

Sepanjang tahun 2024, Kerajaan Negeri telah menganjurkan 80 program kesedaran berkaitan keganasan terhadap wanita dengan penglibatan lebih 8,231 peserta membabitkan pelbagai bentuk perkongsian secara fizikal mahupun dalam talian.

 

Untuk rekod, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor (IPK) merekodkan sebanyak 724 kes keganasan rumah tangga pada tahun lalu, manakala 282 kes telah dilaporkan dari Januari hingga April 2025 sekali gus menjadikan statistik itu pemangkin kepada Kerajaan Negeri terus memperkukuh dasar dan intervensi sokongan kepada golongan wanita.

 

Terdahulu, YB Puan Khairin-Nisa Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor menjawab mengenai usaha Kerajaan Negeri terhadap isu gangguan seksual dan keganasan rumah tangga pada Mesyuarat Pertama (Pembukaan Rasmi) Bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar.

 

#WTN
#WanitaKeluargaMasyarakat
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor