JOHOR TUBUH JAWATANKUASA KHAS PERANGI BULI DI SEKOLAH

Kerajaan Johor memandang serius isu buli di kalangan pelajar yang disifatkan sebagai amat membimbangkan.
#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi membendung isu buli yang semakin menular dalam kalangan pelajar dan membimbangkan daripada menjadi parah.
Jawatankuasa khas dengan kerjasama erat oleh jabatan dan agensi berkaitan itu akan bertindak sebagai platform penyelarasan bagi semua pihak termasuk sekolah, ibu bapa, komuniti, agensi keselamatan serta pihak berkuasa untuk bekerjasama mencari penyelesaian yang berkesan.
Antara fokus utama adalah melaksanakan pemantauan berterusan, menyediakan saluran aduan lebih mudah diakses, mengadakan kempen kesedaran di sekolah dan memberi sokongan kaunseling kepada mangsa selain tindakan tegas terhadap pelaku buli mengikut undang-undang dan garis panduan ditetapkan.
Kerajaan Negeri memandang serius kejadian buli yang berlaku kerana bukan sahaja boleh menjejaskan emosi dan keselamatan murid malah mampu mengganggu perkembangan akademik serta masa depan, malah percaya usaha banteras masalah itu memerlukan peranan aktif semua pihak.
Justeru, Kerajaan Negeri mengajak semua pihak berganding bahu untuk menjadikan dan memastikan sekolah di negeri ini sebagai zon selamat serta tempat yang harmoni mahupun kondusif untuk anak-anak Bangsa Johor belajar dan membina masa depan.
#JohorSafeZone
#NoBully
#AntiBuli
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor