3,266 MAHASISWA ANAK JOHOR TERIMA SKIM BANTUAN PENDAFTARAN

YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor merangkap Ahli Dewan Negeri Johor Kawasan Tanjung Surat menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan SBP kepada 41 mahasiswa anak Johor DUN Tanjung Surat di Dewan Serbaguna Taman Bayu Damai, Pengerang. | Foto FB Aznan Tamin
#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) meneruskan komitmen menyediakan pendidikan holistik kepada anak-anak Bangsa Johor menerusi penyerahan Skim Bantuan Pendaftaran (SBP) Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) bagi fasa dua.
Untuk fasa dua, seramai 3,266 mahasiswa anak Johor menerima bantuan awal untuk pendaftaran bernilai RM500 seorang melibatkan keseluruhan peruntukan berjumlah RM1.63 juta selepas penyerahan untuk fasa satu kepada 480 penerima dengan peruntukan RM240,000 sebelum ini.
Dalam Belanjawan Johor 2025, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM8 juta untuk melaksanakan SBP yang memanfaatkan seramai 16,000 mahasiswa baharu di mana penyerahan fasa tiga dijadualkan pada September ini, sekali gus melengkapkan jumlah keseluruhan penerima.
Selain bantuan pendaftaran, Kerajaan Negeri turut menyediakan Bantuan Laptop Siswa Johor kepada 1,000 mahasiswa melibatkan peruntukan RM2.5 juta yang mencerminkan keprihatinan terhadap keperluan peranti sebagai komponen penting pembelajaran di peringkat universiti.
Penyerahan inisiatif SBP dan komputer riba kepada mahasiswa anak Johor dilaksanakan secara berperingkat melalui Pejabat Ahli Dewan Negeri Johor di 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negeri, dengan lebih tersusun dan sampai terus kepada penerima manfaat.
Terdahulu, YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor merangkap Ahli Dewan Negeri Johor Kawasan Tanjung Surat menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan SBP kepada 41 mahasiswa anak Johor DUN Tanjung Surat di Dewan Serbaguna Taman Bayu Damai, Pengerang, hari ini.
#SkimBantuanPendaftaran
#BantuanLaptopSiswaJohor
#BantuanMahasiswaAnakJohor
#YayasanPelajaranJohor
#InstitusiPendidikanTinggi
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor