JDV ANGKAT MERSING SEBAGAI LEMBAH TENUSU JOHOR

YB Dato’ Zahari Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor mengadakan lawatan kerja meninjau kemajuan projek JDV di Jemaluang. | Foto Nurina Aisyah
#Mersing – Projek Lembah Tenusu Jemaluang (JDV) dijangka menerima kemasukan lembu tenusu dari Australia secara berperingkat dan beroperasi bermula Oktober ini, yang membuka fasa baharu pembangunan industri tenusu Johor.
Bakal mengangkat Mersing sebagai lembah tenusu Johor, inisiatif itu juga akan menjadikan daerah berkenaan sebagai hab pengeluaran susu segar berdaya saing dan mampu memberi pulangan besar kepada penternak.
Inisiatif JDV yang terletak di atas kawasan seluas 275 hektar di Jemaluang apabila beroperasi kelak menjadi langkah penyelesaian kepada penternak untuk memasarkan hasil tenusu ke pasaran domestik dan antarabangsa.
Kerajaan Negeri hargai komitmen Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) melaksanakan projek berimpak tinggi itu mengikut jadual bagi menjadikan Mersing sebagai ladang tenusu moden dan muncul destinasi pelancongan wajib dikunjungi menjelang Tahun Melawat Johor 2026.
JDV yang diuruskan oleh Jemaluang Dairy Valley Sdn. Bhd. (JDVSB), syarikat usaha sama antara Kulim (Malaysia) Bhd. (KULIM) dan A2 Fresh Holdings Sdn. Bhd. (A2FHSB) bakal menghasilkan 5.4 juta liter susu segar setahun, peningkatan 10 peratus pengeluaran susu negara dalam tempoh tiga tahun.
Untuk rekod, Johor kini menghasilkan sekitar 6.4 juta liter susu setahun dan dengan pengoperasian JDV, kadar pengeluaran akan bertambah kepada 9 juta liter susu setahun seterusnya meningkatkan jumlah keseluruhan kepada antara 13 hingga 15 juta liter susu menjelang 2027.
Terdahulu, YB Dato’ Zahari Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor mengadakan lawatan kerja meninjau kemajuan projek JDV di Jemaluang, hari ini.
#JohorSafeZone
#JemaluangDairyValley
#LembahTenusuJohor
#KeterjaminanMakanan
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor